awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi satelit ke-101 Agensi Angkasa Lepas India gagal

Bernama
Bernama
18/05/2025
15:45 MYT
Misi satelit ke-101 Agensi Angkasa Lepas India gagal
Agensi Angkasa Lepas India mengalami kegagalan dalam misi pentingnya apabila satelit pemerhatian Bumi di atas roket Kenderaan Pelancar Satelit Kutub (PSLV) hilang sejurus selepas pelancaran pada Ahad. - Foto ISRO via AP
NEW DELHI: Agensi Angkasa Lepas India mengalami kegagalan dalam misi pentingnya apabila satelit pemerhatian Bumi di atas roket Kenderaan Pelancar Satelit Kutub (PSLV) hilang sejurus selepas pelancaran pada Ahad.
"Hari ini, pelancaran ke-101 telah dicuba, prestasi PSLV-C61 adalah normal sehingga peringkat kedua. Namun, pada pemerhatian peringkat ketiga, misi tidak dapat diselesaikan," kata Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) menerusi platform media sosial X.
Kiraan detik 22 jam bagi pelancaran satelit pemerhatian Bumi EOS-09 dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota, negeri Andhra Pradesh, bermula pada pagi Sabtu.
Roket PSLV, yang diperkenalkan pada 1990-an, dianggap sebagai kuda kerja yang dipercayai bagi agensi angkasa lepas itu.
Menurut laporan media tempatan, PSLV hanya gagal dua kali sebelum kegagalan yang berlaku pada Ahad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Angkasa Lepas India
#gagal
#misi satelit
#ISRO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan