awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Naim Moktar, Mohd Iskandar ikrar beri khidmat terbaik kepada rakyat
Kemenangan BN di Kinabatangan, Lamag cerminkan keyakinan rakyat - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misteri 66 tahun terungkai, mayat saintis British ditemukan di glasier Antartika

Astro Awani
Astro Awani
13/08/2025
05:00 MYT
Misteri 66 tahun terungkai, mayat saintis British ditemukan di glasier Antartika
Mayat saintis British Dennis Bell yang hilang dalam tragedi glasier Antartika pada 1959 ditemui selepas 66 tahun oleh penyelidik Poland. -Foto British Antarctic Monument Trust
LONDON: Mayat seorang saintis British yang hilang dalam tragedi glasier di Antartika pada tahun 1959 akhirnya ditemui selepas 66 tahun.

Ringkasan AI
  • Mayat saintis British Dennis Bell yang hilang dalam tragedi glasier Antartika pada 1959 ditemui selepas 66 tahun oleh penyelidik Poland.
  • Pengecaman dilakukan melalui ujian DNA dengan padanan adik-beradiknya, dan lebih 200 barangan peribadi turut ditemui bersama mayat.
  • Bell dikenang sebagai perintis eksplorasi Antartika dan dihormati dengan penamaan lokasi -Bell Point- di Pulau King George.

Mayat Dennis “Tink” Bell disahkan melalui padanan DNA oleh British Antarctic Survey (BAS) dan King's College London.
Bone fragments found on King George Island have been identified as Dennis "Tink" Bell, a British meteorologist who fell into a crevasse in 1959 https://t.co/k4XBU3bSGN
— New Scientist (@newscientist) August 11, 2025
Bell, seorang ahli meteorologi berusia 25 tahun ketika kejadian, berkhidmat di pangkalan Admiralty Bay, Pulau King George, dalam misi kajian geologi bersama Falkland Islands Dependencies Survey (FIDS), pendahulu kepada BAS.
Pada 26 Julai 1959, beliau terjatuh ke dalam rekahan glasier Ecology ketika cuba mengendali anjing penarik luncur salji yang keletihan.
Usaha menyelamat oleh rakan sepasukannya, Jeff Stokes, gagal apabila tali yang digunakan untuk menarik Bell putus, menyebabkan beliau jatuh semula ke dasar rekahan dan tidak lagi memberi respons.
Penemuan mayat Bell dibuat oleh pasukan penyelidik dari Stesen Antartika Henryk Arctowski milik Poland pada Januari lalu.
Ia selepas glasier yang mencair mendedahkan tulang dan lebih 200 barangan peribadi termasuk jam tangan, paip, peralatan radio dan pisau Mora Sweden.
Mayat Bell dibawa ke Kepulauan Falkland dengan kapal penyelidikan BAS Sir David Attenborough, sebelum diterbangkan ke London oleh Tentera Udara Diraja (RAF).
Ujian DNA mengesahkan padanan dengan sampel daripada adik-beradiknya, David Bell dan Valerie Kelly, dengan kebarangkalian lebih satu bilion kali ganda berbanding individu lain.
Pengarah BAS, Profesor Dame Jane Francis, menyifatkan penemuan ini sebagai saat yang menyentuh perasaan dan amat bermakna bagi komuniti sains kutub.
“Dennis adalah antara perintis yang berani dalam eksplorasi Antartika, dan kisahnya kekal dalam legasi penyelidikan kutub,” kata Francis.
Bell dikenali sebagai individu yang berbakat dalam bidang radio, fotografi dan masakan, suka berjenaka, dan memiliki ciri kepimpinan yang tinggi.
Sebagai penghormatan, satu lokasi di Pulau King George dinamakan “Bell Point” pada tahun 1960.
Topic Berkaitan
#Dennis Bell
#Mayat saintis British
#tragedi glasier Antartika
#ditemui selepas 66 tahun
#penyelidik Poland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan