[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Misteri batu nisan Donald Trump tiba-tiba muncul di Central Park New York

Kohilah Sekaran 28/03/2016 | 14:19 MYT
Sebuah batu nisan palsu untuk calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump muncul secara misteri di Central Park New York pada pagi Ahad, lapor media antarabangsa.
SEBUAH batu nisan palsu untuk calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump muncul secara misteri di Central Park New York pada pagi Ahad, lapor media antarabangsa.
Difahamkan, pengunjung taman tersebut terkejut untuk menemui sebuah batu nisan memorial bagi Trump dengan ukiran “Made America Hate Again” berhampiran halaman Meadow Sheep itu.
Batu nisan itu juga memaparkan tahun kelahiran calon Presiden itu tetapi tidak menyatakan tahun kematian.

Someone placed an actual Trump tombstone in Central Park

A photo posted by Sachin RB (@sachinrb) on

Central park trump tombstone #donaldtrumpsucks #donaldtrump #centralpark #funny #deathlyfunny #dog #centralparkdogs

A photo posted by Beth Marshel (@againwithbeth) on

Bagaimanapun, ia masih tidak jelas siapa di sebalik perbuatan ini.
Menurut laporan portal Daily Mail, mereka telah menghantar seorang wartawan ke lokasi, namun tidak dapat mengesan penanda kubur itu.
Seorang pegawai taman itu melapor kepada NBC New York bahawa batu nisan itu telah dialihkan pada petang Ahad.
#batu nisan #Donald Trump #Misteri