awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misteri 'fenomena UFO' undang resah

Sinar Harian
Sinar Harian
13/12/2024
02:15 MYT
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Dron yang bersaiz lebih besar daripada UAV standard berlegar-legar sejak beberapa minggu lalu. - Foto Sinar Harian/Agensi
EDGEWATER: Misteri kemunculan dron di ruang udara New Jersey telah mengundang kebimbangan komuniti di negeri timur laut Amerika Syarikat (AS).
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Sejak beberapa minggu lalu, kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) dikesan di seluruh negeri barat New York dan 'fenomena objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO)' itu tidak dapat dirungkai penyiasat dan tentera setakat ini.
“Penampakan dron ini mengundang resah banyak pihak kerana tiada penjelasan tentangnya. Saya tidak mahu 'diculik' objek itu,” seloroh Sam Lugo yang merupakan staf di gimnasium Club Studio di daerah Bergen di New Jersey.
Seorang pengguna di platform X, Gus Seretis juga menzahirkan kekhuatiran sama.
“Saya melihatnya hampir setiap malam sejak sambutan Thanksgiving. Ia berlegar-legar pada paras standard ketinggian pokok dan saiznya hampir sama seperti pesawat kecil serta bukan seperti dron biasa. Saya tidak teragak-agak menembak objek itu jika ia terbang terlalu rendah,” ujarnya.
Sementara itu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memaklumkan mereka menerima laporan tentang penampakan dron tersebut di beberapa lokasi dan sedang bekerjasama dengan agensi lain untuk menangani isu berkenaan.
Pentagon dalam satu kenyataan juga menolak dakwaan ia ada kaitan dengan Iran atau entiti asing setelah UAV berkenaan dikatakan menghampiri kemudahan sensitif dan insfrastruktur kritikal termasuk pangkalan tentera AS. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#UFO
#dron
#teori konspirasi
#uav
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan