DUNIA
Mogok jururawat terbesar dalam sejarah New York bermula susulan rundingan kontrak gagal
Seramai kira-kira 15,000 jururawat melancarkan mogok pada Isnin selepas kesatuan mereka dan pihak hospital gagal mencapai kemajuan dalam rundingan kontrak, menandakan mogok jururawat terbesar dalam sejarah New York. - Foto REUTERS/Brendan McDermid
NEW YORK: Seramai kira-kira 15,000 jururawat melancarkan mogok pada Isnin selepas kesatuan mereka dan pihak hospital gagal mencapai kemajuan dalam rundingan kontrak, menandakan mogok jururawat terbesar dalam sejarah New York City, lapor Xinhua yang memetik media tempatan.
Persatuan Jururawat Negeri New York berkata jururawat dari lima hospital yang dikendalikan secara swasta meninggalkan tugas, menuduh hospital berkenaan enggan "memeterai kontrak adil yang merangkumi nisbah staf selamat yang boleh dikuatkuasakan, jaminan manfaat penjagaan kesihatan untuk jururawat barisan hadapan, dan perlindungan daripada keganasan di tempat kerja."
Gabenor New York Kathy Hochul mengisytiharkan darurat pada Jumaat, menjelang mogok tersebut, kerana ia berlaku ketika musim selesema yang teruk dan berpotensi menjejaskan operasi hospital.
-- BERNAMA