LONDON: Puluhan ribu pekerja keluar pada hari pertama mogok kereta api terbesar di Britain dalam tempoh 30 tahun menyebabkan jutaan penumpang terkandas, pada Selasa.

Mogok disertai lebih 40,000 kakitangan rel akan turut diadakan pada Khamis dan Sabtu ini.

Ia menyebabkan gangguan besar di seluruh rangkaian dengan kebanyakan perkhidmatan terhenti dan stesen utama lengang.

Metro London Underground juga kebanyakannya ditutup kerana mogok berasingan.

Perdana Menteri Boris Johnson, di bawah tekanan untuk melakukan lebih usaha membantu rakyat Britain yang menghadapi kesan ekonomi paling teruk dalam beberapa dekad.

Kesatuan berkata mogok kereta api boleh menandakan permulaan "musim ketidakpuasan hati"  pekerja-pekerja di negara itu menuju tindakan industri kerana inflasi melonjak 10 peratus.

Setiausaha Agung Kereta Api, Maritim dan Pengangkutan Pekerja (RMT), Mick Lynch berkata, ahli RMT mengetuai semua pekerja yang kepenatan kerana gaji dan syarat mereka dikurangkan oleh campuran keuntungan perniagaan besar dan dasar kerajaan.

Network Rail berkata orang ramai tidak boleh menggunakan perkhidmatan kereta api melainkan benar-benar perlu.

Sementara itu, kakitangan hospital berkata, beberapa rakan sekerja tidur di tempat kerja semalaman untuk mengekalkan penjagaan kesihatan

Johnson memberitahu kabinetnya bahawa mogok itu "salah dan tidak perlu" serta menyatakan mereka perlu bersedia untuk "mengekalkan perkhidmatan" kerana penambahbaikan kepada cara jalan kereta api adalah untuk kepentingan orang ramai.

Tinjauan pendapat YouGov mendapati pendapat umum berpecah dengan 37 peratus menyokong tindakan itu dan 45 peratus menentang.

Inflasi telah melonjak di seluruh Eropah berikutan kenaikan besar dalam kos tenaga dan Britain tidak bersendirian dalam menghadapi mogok.