awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mogok pekerja Starbucks merebak ke beberapa bandar di Amerika Syarikat

Bernama
Bernama
23/12/2024
07:15 MYT
Mogok pekerja Starbucks merebak ke beberapa bandar di Amerika Syarikat
Mogok yang kini memasuki hari ketiga daripada lima hari yang dirancang telah menyebabkan penutupan hampir 50 cawangan di seluruh AS. - Foto REUTERS
ISTANBUL: Pekerja Starbucks di Amerika Syarikat (AS) telah meluaskan mogok mereka ke Boston, Dallas dan Portland di tengah-tengah pertikaian buruh yang memuncak, hanya beberapa hari sebelum Krismas, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kesatuan sekerja syarikat itu pada Ahad.
Mogok yang kini memasuki hari ketiga daripada lima hari yang dirancang telah menyebabkan penutupan hampir 50 cawangan di seluruh negara, dengan lebih banyak cawangan menyertai mogok sebagai tanda solidariti, menurut kenyataan Starbucks Workers United.
Mogok itu dibuat sebagai respons terhadap rundingan yang tergendala sejak Februari.
Kesatuan sekerja mendakwa Starbucks terlibat dalam "rundingan secara tidak jujur" dan gagal menawarkan cadangan ekonomi yang serius.
Tuntutan pekerja memberi tumpuan kepada gaji, faedah dan jaminan pekerjaan yang lebih baik, khususnya apabila syarikat mengaut keuntungan sambil mengurangkan waktu kerja pekerja.
Mogok bermula Jumaat lepas di Chicago, Los Angeles dan Seattle sebelum merebak ke bandar lain termasuk Columbus, Denver dan Pittsburgh.
Sementara itu, Starbucks mempertahankan tindakannya dengan mendakwa wakil kesatuan "menamatkan sesi rundingan terlalu awal".
Bagaimanapun, kesatuan sekerja itu menegaskan syarikat berkenaan tidak mengemukakan "cadangan ekonomi yang serius".
Ketika musim cuti semakin hampir, kedua-dua pihak masih bertelagah, dan kesatuan berikrar akan meneruskan usaha mereka sehingga tuntutan dipenuhi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Starbucks
#mogok
#kesatuan sekerja
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan