Mohammed Salman diumum sebagai Perdana Menteri Arab Saudi

Astro Awani
September 28, 2022 01:45 MYT
Ia merupakan sebahagian daripada rombakan kabinet, yang telah diperkenan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud pada Selasa. - Foto REUTERS
RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman telah dinamakan sebagai Perdana Menteri negara itu yang baharu.
Ia merupakan sebahagian daripada rombakan kabinet, yang telah diperkenan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud pada Selasa, menerusi pengumuman oleh TV Al Ekhbariya.
Selain Mohammed, Timbalan Menteri Pertahanan yang juga seorang lagi anak Raja Salman, iaitu Putera Khalid, telah dinamakan sebagai Menteri Pertahanan, mengambil alih portfolio yang sebelum ini disandang abangnya.
Mohammed sebelum ini merupakan Timbalan Perdana Menteri.
Selain itu Al Ekhbariya menyebut, rombakan kabinet turut melihat Putera Mansour bin Mutaib bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Abdulaziz bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, masing-masing kekal sebagai sebagai Menteri Dalam Negeri dan Menteri Tenaga.
#Mohammed bin Salman #Perdana Menteri #rombakan kabinet #Raja Salman Abdulaziz Al Saud