awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mona Lisa' dapat bilik khas di Louvre, sebahagian daripada naik taraf muzium

Bernama
Bernama
29/01/2025
04:15 MYT
'Mona Lisa' dapat bilik khas di Louvre, sebahagian daripada naik taraf muzium
Lukisan legenda karya Leonardo da Vinci itu akan ditempatkan di bilik yang lebih mencerminkan kepentingannya. - Foto AP
PARIS: Lukisan 'Mona Lisa' akan ditempatkan di bilik khas baharu di muzium seni Louvre di Paris, bagi membolehkan ia dipamerkan dengan lebih baik kepada pengunjung, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Lukisan legenda karya Leonardo da Vinci itu akan ditempatkan di bilik yang lebih mencerminkan kepentingannya sebagai sebahagian daripada kerja pengubahsuaian besar-besaran di muzium berkenaan, kata Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Selasa.
Louvre, yang merupakan muzium paling kerap dilawati di dunia, juga akan mempunyai pintu masuk baharu bagi menguruskan aliran pengunjung dengan lebih baik. Pintu masuk sedia ada di bawah piramid kaca utama akan direka bentuk semula dan ditukar menjadi dewan pameran baharu.
Projek itu dijangka siap pada 2031 dengan kos pelaburan dianggarkan mencecah jutaan euro. Jumlah pengunjung dijangka meningkat daripada sembilan juta setahun pada masa ini kepada sehingga 12 juta.
Kos itu akan dibiayai melalui pendapatan muzium, sumbangan derma dan kenaikan harga tiket. Mulai Januari 2026, pelawat bukan dari Eropah perlu membayar lebih untuk memasuki muzium itu, namun jumlahnya tidak dinyatakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mona Lisa
#Louvre
#bilik khas
#kerja pengubahsuaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan