awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Monopoli enjin carian: 165 syarikat EU desak Google disiasat

Agensi
Agensi
12/11/2020
11:44 MYT
Monopoli enjin carian: 165 syarikat EU desak Google disiasat
Google bagaimanapun menafikan perkara itu dan mengatakan penggunanya tidak terhad kepada cadangan enjin pencarian, sebaliknya servis dan perkhidmatan pesaing boleh diakses melalui internet. - Gambar fail
SEKUMPULAN syarikat dan perbadanan industri Kesatuan Eropah (EU) mendesak Suruhanjaya Antitrust EU agar mengambil tindakan terhadap Google atas dakwaan memonopoli enjin cariannya.
Kumpulan yang melibatkan syarikat dari Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan 21 negara anggota EU mendakwa Google mengekalkan monopoli dalam enjin cariannya untuk keuntungan tertentu.
Desakan kumpulan itu dihantarkan kepada Ketua Antitrust EU, Margrethe Vestager dalam sepucuk surat yang meminta agar tindakan diambil dengan segera.
Antara syarikat yang menandatangani surat desakan itu termasuk Yelp, Expedia, Trivago, Kelkoo, Stepstone dan Foundem. Mereka antara 165 syarikat perbadanan, termasuk 135 syarikat yang menawarkan perkhidmatan dalam talian serta 30 lagi pemain industri.
Semua syarikat tersebut mendakwa Google mendapat kelebihan yang tidak adil dengan memperkenalkan perkhidmatan tambahan dalam laman cariannya, iaitu dengan memaparkan pelbagai hasil kumpulan carian khusus, atau OneBoxes.
"Dengan kegunaan OneBoxes yang eksklusif, Google mengekalkan pengguna untuk terus menggunakan perkhidmatannya sekali gus mengelak pengguna daripada melayari perkhidmatan lain yang lebih relevan dan berkualiti," kata isi surat itu.
OneBoxes menawarkan informasi dan gambar yang terpapar di bahagian atas laman pencarian Google yang sering digunakan bagi mengutamakan produk tempatan.
Antara pengiklanan yang dimaksudkan kumpulan itu adalah perkhidmatan pelancongan seperti hotel dan perkhidmatan pengangkutan serta enjin carian pekerjaan.
Google bagaimanapun menafikan perkara itu dan mengatakan pengguna tidak terhad kepada cadangan enjin cariannya, sebaliknya perkhidmatan pesaing boleh diakses melalui internet.
BACA: AS saman Google kerana monopoli tidak sah
Topic Berkaitan
#Google
#Amerika Syarikat
#United Kingdom
#Kesatuan Eropah
#Internet
#EU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan