awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal setakat pagi ini
PM Anwar ucap selamat kembali ke sekolah
Pemandu warga Pakistan maut SUV rempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Monsun, siklon ragut 26 nyawa, jejas jutaan penduduk di Filipina

Bernama
Bernama
28/09/2025
13:21 MYT
Monsun, siklon ragut 26 nyawa, jejas jutaan penduduk di Filipina
Sejumlah 738,714 keluarga atau 2,797,706 individu terjejas akibat hujan lebat berterusan, banjir dan tanah runtuh selama beberapa hari. - Reuters
MANILA: Monsun barat daya yang diburukkan lagi oleh tiga siklon tropika - Mirasol, Nando dan Opong - telah meragut 26 nyawa dan menjejaskan hampir 2.8 juta penduduk di seluruh negara, lapor Agensi Berita Filipina (PNA) memetik Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) pada Ahad.
Sejumlah 738,714 keluarga atau 2,797,706 individu terjejas akibat hujan lebat berterusan, banjir dan tanah runtuh selama beberapa hari, yang dicetuskan oleh monsun barat daya itu.
Daripada jumlah penduduk yang terjejas, 46,611 keluarga, atau 163,317 orang ditempatkan di 2,680 pusat pemindahan manakala 31,448 keluarga atau 118,957 individu menerima bantuan di luar pusat pemindahan.
Menurut NDRRMC, seramai 26 orang telah meninggal dunia, 33 cedera dan 14 lagi masih hilang.
Kebanyakan kematian direkodkan di Lembah Cagayan (8) dan Wilayah Bicol (9).
Wilayah Pentadbiran Cordillera (CAR) merekodkan empat kematian, Luzon Tengah dan Visayas Tengah masing-masing dua dan Visayas Timur satu.
Bagaimanapun, 22 daripada kematian itu masih dalam proses pengesahan, manakala empat telah disahkan, menurut NDRRMC.
Sekurang-kurangnya 8,916 buah rumah mengalami kerosakan di seluruh Wilayah Ilocos, Lembah Cagayan, CAR, Luzon Tengah, Calabarzon, Mimaropa, Wilayah Bicol, Visayas Barat, Semenanjung Zamboanga dan Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao.
Kerugian pada sektor pertanian telah melebihi PHP1 bilion, manakala kemusnahan infrastruktur dianggarkan sebanyak PHP864,109,901.08 di Wilayah Ilocos, Lembah Cagayan, CAR, Calabarzon, Mimaropa, Wilayah Bicol, serta Visayas Barat dan Tengah.
Sementara itu, bantuan kerajaan bernilai PHP137,597,235.49 telah disalurkan kepada 149,675 keluarga melalui agensi-agensi kebangsaan yang berkaitan dan pihak berkuasa tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Filipina
#angka korban
#monsun
#siklon
#Ribut Tropika
#penduduk terjejas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan