DUNIA
Morgan Ortagus dikecam selepas veto resolusi gencatan senjata Gaza

Morgan Ortagus (tengah) dikecam hebat selepas menggunakan kuasa veto Amerika Syarikat untuk menolak resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza. -Foto fail/ Reuters
NEW YORK: Wakil Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Morgan Ortagus, menerima kecaman hebat selepas dia menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi Majlis Keselamatan yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, dan kekal di Gaza.
Ringkasan AI
- Morgan Ortagus dikecam hebat selepas menggunakan kuasa veto Amerika Syarikat untuk menolak resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza.
- Tindakan Ortagus mencetuskan kemarahan global, dengan protes di luar ibu pejabat PBB dan kritikan dari negara seperti Algeria, Pakistan, Somalia dan United Kingdom yang menyifatkan veto itu sebagai penafian hak rakyat Palestin.
- Ortagus dijadualkan ke Beirut untuk sesi pemantauan gencatan senjata, namun lawatan itu dianggap provokasi oleh aktivis Lubnan, sementara komuniti antarabangsa terus mendesak reformasi sistem veto Majlis Keselamatan.
Tindakannya mengangkat tangan untuk menyatakan veto menjadi simbol kemarahan global, dengan imej tersebut tular di media sosial dan mencetuskan protes di luar ibu pejabat PBB di New York.
Penunjuk perasaan melaungkan “Shame on you!” sambil menyifatkan Ortagus sebagai lambang sokongan Washington terhadap tindakan ketenteraan Israel yang didakwa menjurus kepada genosid.
Algeria, Pakistan, Somalia dan United Kingdom antara negara yang menyuarakan kekecewaan mendalam terhadap keputusan AS.
Duta Algeria ke PBB, Amar Bendjama, berkata: “Saudara dan saudari Palestin, maafkan kami. Dunia berbicara tentang hak, tetapi menafikannya kepada rakyat Palestin”.
Ortagus, yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan Utusan Khas Presiden AS ke Asia Barat, dijadualkan mengadakan lawatan ke Beirut hujung minggu ini untuk menghadiri sesi pemantauan gencatan senjata di Naqoura.
Lawatan tersebut telah mencetuskan kemarahan di Lubnan, dengan aktivis tempatan menyifatkan kehadirannya sebagai provokasi diplomatik.
Menurut laporan Al Jazeera, lebih 65,000 rakyat Palestin telah terbunuh sejak konflik bermula pada Oktober 2023, termasuk lebih 18,000 kanak-kanak dan 12,000 wanita.
PBB turut mengesahkan bahawa kebuluran telah berlaku di Gaza, menjadikan keperluan gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan semakin mendesak.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami