[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

Morsi dijatuhi hukuman penjara 20 tahun

Astro Awani 22/04/2015 | 00:24 MYT
Hukuman terhadap Morsi (kiri) dan rakannya dilakukan dalam pagar kaca yang kalis peluru di Akademi Polis Mesir - Gambar Fail
Bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi dijatuhi hukuman 20 tahun penjara oleh mahkamah jenayah negara itu.
Morsi didakwa atas pembabitannya dalam pembunuhan sekumpulan penunjuk perasaan pada 2012.
Hukuman sama turut dijatuhkan kepada 12 pemimpin Ikhwanul Muslimin serta beberapa penyokongnya.
Hukuman terhadap Morsi dan rakannya berlangsung dalam pagar kaca yang kalis peluru di Akademi Polis Mesir.
Morsi didapati bersalah melakukan penahanan secara paksaan terhadap penunjuk perasaan ketika era pemerintahannya.
Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi itu bagaimanapun dibebaskan daripada tuduhan membunuh.
Dalam pertempuran antara penyokong Morsi dan penyokong pembangkang di hadapan istana Presiden pada Disember 2012, sekurang-kurangnya 10 orang maut.
#Akademi Polis Mesir #Hukuman #maut #Mesir #Mohammed Morsi #penjara #presiden