DUNIA
Moscow sokong program nuklear aman Iran - Putin
Putin turut menyatakan kesediaan Rusia untuk membantu Iran dalam pembangunan program nuklear awamnya. - Foto Reuters
ISTANBUL: Presiden Rusia Vladimir Putin menegaskan bahawa Moscow menentang pengembangan senjata pemusnah besar-besaran termasuk sebarang potensi perolehan senjata itu oleh Iran, menurut temu bual yang disiarkan pada Sabtu.
Ringkasan AI
- Presiden Vladimir Putin menegaskan pendirian Rusia menentang pengembangan senjata pemusnah besar-besaran, termasuk sebarang usaha Iran untuk memilikinya, sambil menyatakan sokongan terhadap penggunaan tenaga nuklear Iran bagi tujuan aman.
- Putin menyebut fatwa Iran yang mengharamkan senjata nuklear sebagai faktor penting, serta menyatakan kesediaan Rusia membantu dalam program nuklear awam Iran, selagi ia disahkan tidak bersifat ketenteraan oleh IAEA.
- Ketegangan serantau meningkat sejak 13 Jun susulan serangan udara Israel ke atas Iran, yang menyebabkan ratusan kematian dan kecederaan serta mencetuskan serangan balas oleh Tehran.
Dalam wawancara bersama Sky News Arabia, Putin menyatakan bahawa Rusia menyokong hak Iran untuk membangunkan tenaga nuklear bagi tujuan aman, sambil menekankan bahawa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) tidak menemukan sebarang bukti bahawa Tehran bercadang membina senjata nuklear, lapor Anadolu Ajansi.
"Fatwa di Iran yang mengharamkan senjata nuklear sangat penting," katanya, sambil menyifatkan keputusan agama itu sebagai elemen utama dalam pendirian Iran.
Putin turut menyatakan kesediaan Rusia untuk membantu Iran dalam pembangunan program nuklear awamnya.
Ketegangan tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran, yang membawa kepada serangan balas dari pihak Tehran.
Menurut laporan media Iran, seramai 639 orang terbunuh dan lebih 1,300 cedera dalam serangan itu.
-- BERNAMA