awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOT Singapura dakwa VEP bakal dikenakan Malaysia bersifat diskriminasi

Bernama
Bernama
05/08/2015
02:03 MYT
MOT Singapura dakwa VEP bakal dikenakan Malaysia bersifat diskriminasi
MOT juga berkata ia telah meminta maklumat lebih lanjut dari pihak berkuasa Malaysia mengenai keperluan bagi kenderaan Singapura untuk melakukan prapendaftaran sebelum memasuki Malaysia. - Foto AFP
Kementerian Pengangkutan (MOT) Singapura berkata bayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) sebanyak RM20 (S$7.16) yang bakal dikenakan oleh Malaysia ke atas kenderaan berdaftar di luar negara melalui Johor adalah bersifat 'diskriminasi terhadap kenderaan Singapura', lapor Channel NewsAsia (CNA).
Saluran televisyen tempatan itu melaporkan bayaran itu akan berkuat kuasa pada 1 Okt dengan MOT berkata Singapura akan turut mempertimbangkan untuk mengenakan levi dalam beberapa bentuk supaya sepadan, selepas mengkaji pelaksanaannya.
MOT juga berkata ia telah meminta maklumat lebih lanjut dari pihak berkuasa Malaysia mengenai keperluan bagi kenderaan Singapura untuk melakukan prapendaftaran sebelum memasuki Malaysia.
Baru-baru ini Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi dilaporkan sebagai berkata mulai 1 Sept, kenderaan Singapura yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan dibenarkan masuk ke Malaysia.
Pendaftaran dalam talian itu bermula 15 Ogos dengan pemilik kenderaan akan menanggung kos RM10 (S$3.60) selama lima tahun.
CNA turut memetik jurucakap MOT sebagai berkata "apa-apa kos dan ketidakselesaan boleh mendorong rakyat Singapura untuk tidak melawat Malaysia, terutama Johor untuk tujuan seperti membeli-belah, berlibur, bersiar-siar dan percutian".
Topic Berkaitan
#Malaysia
#permit
#permit masuk kenderaan
#Singapura
#Tambak Johor
#VEP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan