awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPA lancar SAR untuk kapal korek Bolivia yang karam di perairan Singapura

Bernama
Bernama
20/05/2015
23:45 MYT
MPA lancar SAR untuk kapal korek Bolivia yang karam di perairan Singapura
Empat belas anggota kru masih belum dijumpai, seorang warga Malaysia manakala selebihnya rakyat China. - Foto Misi SAR APMM
Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas sebuah kapal korek didaftarkan di Bolivia, Oceanline SC208, karam 7.5 batu nautika ke timur laut Pulau Batu Putih (Pedra Branca) di perairan Singapura.
Dalam satu kenyataan, MPA berkata ia telah menerima laporan mengenai insiden itu pukul 10 pagi Rabu.
Menurut ejen kapal, 15 kru berada dalam kapal semasa insiden itu.
Seorang warga China dilaporkan telah diselamatkan oleh kapal dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Empat belas anggota kru masih belum dijumpai, seorang warga Malaysia manakala selebihnya rakyat China.
Dua buah kapal segera dihantar oleh MPA.
Singapura menyelaras operasi SAR membabitkan kapal-kapal dari Tentera Laut Singapura iaitu RSS Daring dan RSS Fearless, Pengawal Pantai Polis Singapura dan beberapa buah kapal dari Malaysia.
MPA juga telah mendapatkan khidmat syarikat salvaj untuk menjalankan operasi salvaj.
Pemberitahuan navigasi telah dibuat kepada kapal-kapal di sekitar perairan supaya menjauhi kawasan SAR dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika menemui mangsa-mangsa yang hilang.
MPA sedang menyiasat insiden itu.
Topic Berkaitan
#Bolivia
#kapal korek
#Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan