Mugabe dipecat parti sendiri

Agensi
November 19, 2017 13:56 MYT
Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe hari ini dipecat sebagai pemimpin parti kerajaan, Zanu-PF. -Gambar fail/Reuters
Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe hari ini dipecat daripada menjadi pemimpin parti kerajaan, Zanu-PF.
Keputusan itu diambil jawatankuasa pusat parti itu empat hari selepas tentera mengambil alih kuasa.
Mugabe, 93 tahun, digantikan oleh naib presiden, Emmerson Mnangagwa yang dipecat dua minggu lalu.
Isteri Mugabe, Grace, 52, juga dipecat sebagai Ketua Liga Wanita Zanu-PF.
Keputusan itu disambut dengan ribuan rakyat Zimbabwe membanjiri jalan raya meraikan kejatuhan Mugabe dan isterinya.
#Emmerson Mnangagwa #Grace #Presiden Zimbabwe #Robert Mugabe #Zanu-PF