awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Ishaq bakal jawat Menteri Kewangan Pakistan buat kali kelima

Faida Rahim
Faida Rahim
27/09/2022
04:59 MYT
Muhammad Ishaq bakal jawat Menteri Kewangan Pakistan buat kali kelima
Muhammad Ishaq pernah berkhidmat sebagai Menteri kewangan Pakistan sebanyak empat kali dari tahun 1997 hingga 2017. - Foto REUTERS
ISLAMABAD: Bekas Menteri Kewangan Pakistan, Muhammad Ishaq Dar dijangka mengambil alih semula jawatan itu susulan peletakan jawatan Miftah Ismail.
Memetik laporan The Business Standard, Muhammad Ishaq pernah berkhidmat sebagai Menteri kewangan Pakistan sebanyak empat kali dari tahun 1997 hingga 2017.
Pemimpin Kanan pemerintah Liga Muslim Pakistan (PML-N) Nawaz Sharif mengadakan pertemuan dengan Miftah Ismail pada Ahad lalu dan mengesahkan beliau dan Perdana Menteri Shehbaz Sharif telah mencalonkan Muhammad Ishaq sebagai Menteri Kewangan.
Shehbaz yang berada di London selepas pulang dari Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) bertemu Nawaz di London bagi membincangkan situasi perkembangan politik dan ekonomi sebelum Muhammad Ishaq dicadang mengambil alih jawatan itu.
Difahamkan, Nawaz memaklumkan kepada ahli parti lain bahawa PML-N telah "kehilangan modal politik" dan Muhammad Ishaq harus berusaha untuk mendapatkan sokongan semula. -- Agensi
Topic Berkaitan
#Pakistan
#Ishaq Dar
#PBB
#Menteri Kewangan Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan