awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS mulakan program vaksin kepada kanak-kanak pada akhir tahun

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2021
00:23 MYT
AS mulakan program vaksin kepada kanak-kanak pada akhir tahun
Program ini akan membolehkan jutaan kanak-kanak kembali ke sekolah. - Foto Facebook
AMERIKA SYARIKAT akan memulakan program pemvaksinan COVID-19 kepada kanak-kanak pada musim luruh sehingga awal tahun depan.
Pakar penyakit berjangkit Amerika, Dr. Anthony Fauci berkata, ia akan membolehkan jutaan kanak-kanak kembali ke sekolah sekali gus memudahkan ibu bapa yang selama ini menjaga mereka di rumah.
"Sekarang ini kita mempunyai tiga jenis vaksin yang sangat berkesan. Saya tidak pasti mengenai tarikh tepat mengenai hari pertama sekolah dibuka, namun boleh dikatakan ia berada dalam masa terdekat ini.
"Data mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin untuk kanak-kanak di peringkat awal persekolahan dan sekolah rendah membabitkan kanak-kanak berusia lima hingga 13 tahun di AS masih dikumpul.
"Secara realistiknya, mereka masih belum boleh menerima vaksin sehingga akhir tahun ini atau awal 2022," katanya.
Pembukaan semula sekolah menjadi satu isu yang didebatkan sebelum ini namun beberapa sekolah swasta dilihat dibuka lebih awal sebelum sekolah milik kerajaan menyebabkan terdapat guru yang memprotes tindakan terbabit.
Sebelum ini, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan panduan baharu pembukaan semula sekolah dalam SOP selamat.
Ia termasuk strategi global pemakaian pelitup muka, basuh tangan serta pengesanan kontak.
CDC juga menyarankan pemvaksinan kepada guru dan kakitangan sekolah dalam kadar segera.
Topic Berkaitan
#AS
#SOP
#kerajaan
#guru
#COVID-19
#pelitup muka
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan