awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS mungkin tetapkan harga siling minyak yang 'untungkan' Rusia

Bernama
Bernama
14/07/2022
07:11 MYT
AS mungkin tetapkan harga siling minyak yang 'untungkan' Rusia
Yellen berkata beliau telah membincangkan cadangan mengenai penetapan harga siling minyak Rusia dengan Timbalan Perdana Menteri China Liu He ketika mengadakan pertemuan secara maya. - AP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mungkin menetapkan harga siling minyak yang "untungkan" Rusia supaya Moscow tidak berhenti mengeluarkan minyak, lapor Sputnik memetik kenyataan Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen dalam sesi temu bual dengan The Wall Street Journal.
"Kami menjangkakan penetapan harga siling pada tahap menguntungkan agar negara itu terus keluarkan minyak," kata Yellen ketika ditemu bual di Tokyo.
Beliau berkata demikian susulan laporan mengenai Rusia mungkin menghentikan pengeluaran minyak akibat penetapan harga siling.
Terdahulu, Yellen berkata beliau telah membincangkan cadangan mengenai penetapan harga siling minyak Rusia dengan Timbalan Perdana Menteri China Liu He ketika mengadakan pertemuan secara maya.
"Mereka mendengar dan bersedia untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai isu itu," katanya.
Sementara itu, Perbendaharaan memaklumkan bahawa Timbalan Setiausaha Perbendaharaan AS Wally Adeyemo dan Menteri Kewangan Ukraine Sergii Marchenko telah mengadakan perbincangan mengenai kemajuan mengenai isu itu.
" Adeyemo mengulangi bahawa Perbendaharaan AS terus mengaplikasikan sekatan demi mengehadkan keupayaan Rusia melaksanakan operasi ketenteraannya di Ukraine, serta meredakan kesan akibat krisis yang berlaku Ukraine terhadap pasaran harga minyak dan tenaga global," menurut Perbendaharaan dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kedua-dua pihak turut membincangkan bantuan ekonomi antarabangsa oleh negara-negara penderma, termasuk sumbangan terbaharu AS kepada Ukraine berjumlah AS$1.7 bilion bagi menyokong belanjawan secara langsung, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minyak
#Amerika Syarikat
#Rusia
#Janet Yellen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan