Murid tembak guru, rakan sekelas sebelum tembak diri sendiri

Agensi
Januari 10, 2020 16:27 MYT
Menurut pihak berkuasa, empat yang lain dilaporkan cedera. - Foto Twitter/@PerezPacheco_JC
SEKURANG-KURANGNYA tiga maut dalam satu insiden tembakan di sebuah sekolah di bandar Torreon, Mexico.
Menurut pihak berkuasa, empat yang lain dilaporkan cedera.
Laporan awal menyebut, suspek yang merupakan murid sekolah, telah membawa dua pucuk pistol ke dalam kelas.
Pihak sekolah segera memindahkan para pelajar selepas penggera dibunyikan sejurus tembakan dilepaskan sebelum jam 9 pagi waktu tempatan.
Datuk Bandar Torreon, Jorge Zermeno memaklumkan murid lelaki itu menembak dirinya sendiri selepas menembak guru dan rakan sekelasnya.
Laporan juga menyebut suspek dianggarkan berusia antara lapan hingga 12 tahun.
#Jorge Zermeno #Mexico #tembakan di sekolah #Torreon