DUNIA
Muscat bakal jadi tuan rumah pusingan keenam perbincangan Iran-Amerika Syarikat
Iran dan Amerika Syarikat mengadakan lima pusingan rundingan, tiga di Muscat dan dua di Rom. - Adobe
TEHRAN: Muscat dijadualkan menjadi tuan rumah bagi pusingan keenam rundingan tidak langsung antara Tehran dan Washington pada Ahad ini, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Jurucakap Kementerian Luar, Esmaeil Baqaei berkata pada Selasa, Iran dan Amerika Syarikat akan mengadakan pusingan terbaharu rundingan di Muscat pada Ahad ini, dengan Oman bertindak sebagai pengantara.
Iran dan Amerika Syarikat mengadakan lima pusingan rundingan, tiga di Muscat dan dua di Rom dan Menteri Luar Oman, Sayyid Badr Al-Busaidi bertindak sebagai pengantara.
-- BERNAMA