awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musim hujan lebat korbankan 36 orang di Pakistan

AFP
AFP
03/04/2016
14:48 MYT
Musim hujan lebat korbankan 36 orang di Pakistan
Antara kesan kemusnahan selepas bencana hujan lebat dan banjir yang dirakamkan di Peshawar. - Foto AFP
Sekurang-kurangnya 36 orang terkorban dan 27 lagi cedera selepas hujan lebat melanda di wilayah barat laut Pakistan hingga menyebabkan berpuluh-puluh bumbung rumah runtuh serta rosak.
AFP yang memetik jurucakap agensi pengurusan bencana daerah melaporkan, kematian dilaporkan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa ketika hujan mula mencurah pada malam Sabtu.
Bilangan mereka yang hilang nyawa kini meningkat ke 36 orang, ujar jurucakap itu, sambil menambah pihaknya masih menunggu laporan dari kawasan-kawasan terpencil.
Kawasan yang paling teruk dilanda bencana itu adalah Kohistan dengan catatan mangsa korban sejumlah 12 orang, diikuti daerah Shangla yang mencatatkan 10 kematian akibat hujan, banjir dan tanah runtuh.
Rumah-rumah yang tidak mempunyai struktur kukuh, terutamanya di kawasan luar bandar, adalah yang paling cenderung untuk runtuh dalam bencana hujan lebat.
Cuaca yang dahsyat melanda negara itu setiap tahun, dengan ratusan orang terkorban selain banyak kawasan pertanian musnah setiap tahun. Dalam musim hujan lebat yang lalu, 81 orang kehilangan nyawa manakala 300,000 penduduk terjejas.
Topic Berkaitan
#banjir
#musim hujan lebat
#Pakistan
#peshawar
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan