awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
Kementerian Digital rangka RUU Tadbir Urus AI, tangani ancaman deepfake - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musk sahkan pelancaran kapal angkasa Starship pada Isnin

Bernama
Bernama
17/04/2023
05:57 MYT
Musk sahkan pelancaran kapal angkasa Starship pada Isnin
Pelancaran kapal angkasa Starship oleh syarikat SpaceX milik Elon Musk dijadualkan pada Isnin, 17 April. -Reuters
MOSCOW: Pelancaran kapal angkasa Starship oleh syarikat SpaceX milik Elon Musk dijadualkan pada Isnin, 17 April, lapor Sputnik.
"Esok, pelancaran percubaan," kata Musk di Twitter pada Ahad.
Launch attempt tomorrow pic.twitter.com/czFsQ53Xsa
— Elon Musk (@elonmusk) April 16, 2023
SpaceX dalam ciapan di Twitter pada Ahad berkata tetingkap pelancaran 150 minit untuk Starship akan dibuka pada 8 pagi AS (13:00 GMT) pada Isnin.
Musk memberitahu pengikut Twitter pada Ahad bahawa beliau bagaimanapun tidak mengharapkan kejayaan pelancaran SpaceX Starship dengan mengaitkannya dengan sejarah roket N1 Soviet, yang mempunyai reka bentuk roket yang sangat mengagumkan tetapi tidak pernah sampai ke orbit.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) pada Jumaat berkata ia memberi kelulusan kepada SpaceX untuk menjalankan ujian penerbangan pertama roket Starship dan Super Heavy bersepadu sepenuhnya yang sedang dibangunkan untuk membawa manusia ke Marikh.
FAA berkata lesen itu sah selama lima tahun.
FAA juga menyiarkan pelan operasi semasanya pada Jumaat dengan menyatakan Starship akan dilancarkan pada 17 April dari tapak pelancaran SpaceX di Boca Chica, Texas serta tarikh alternatif dari 18 hingga 21 April.
SpaceX membangunkan Starship kenderaan pelancar berat boleh guna semula sepenuhnya, yang dibangunkan untuk membawa anak kapal dan kargo ke orbit Bumi, Bulan, Marikh dan melewatinya.
--BERNAMA-SPUTNIK
TAG: Elon Musk, Starship, SpaceX, pelancaran
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Starship
#SpaceX
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan