awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muzium British ditutup sebahagiannya kerana sabotaj

Bernama
Bernama
25/01/2025
22:45 MYT
Muzium British ditutup sebahagiannya kerana sabotaj
Muzium British telah ditutup sebahagiannya sejak petang Jumaat susulan sabotaj terhadap sistem teknikalnya dan beberapa kawasan tertentu masih tidak boleh diakses oleh orang ramai pada pagi Sabtu. - Gambar fail Reuters
LONDON: Muzium British telah ditutup sebahagiannya sejak petang Jumaat susulan sabotaj terhadap sistem teknikalnya dan beberapa kawasan tertentu masih tidak boleh diakses oleh orang ramai pada pagi Sabtu, menurut laman web muzium itu, lapor Xinhua.
Jurucakap muzium memberitahu Xinhua, gangguan itu disebabkan oleh bekas kontraktor sistem teknikal yang telah diberhentikan minggu lalu.
Individu itu dilaporkan memasuki muzium tanpa kebenaran dan melumpuhkan pelbagai sistem. Polis dipanggil untuk menangkap suspek di lokasi.
"Kami sedang bekerja keras untuk mengembalikan muzium ini beroperasi sepenuhnya, namun dengan rasa kesal pameran sementara kami ditutup hari ini dan akan kekal ditutup sepanjang hujung minggu. Pemegang tiket telah dimaklumkan dan bayaran balik ditawarkan," kata laman web muzium.
Sehingga pagi Sabtu, hanya galeri tetap di tingkat bawah dan tingkat pertama muzium yang dibuka kepada orang ramai.
Bahagian lain, termasuk pameran khas Silk Road, akan kekal ditutup sepanjang hujung minggu.
Polis Metropolitan London belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden itu.
Muzium British ialah institusi kebudayaan terkini yang mengalami sabotaj teknikal di negara itu.
Pada 2023, Perpustakaan British mengalami serangan siber besar, yang mengakibatkan maklumat peribadi pengguna dijual di web gelap.
Muzium British juga menghadapi krisis kredibiliti pada 2023 apabila didedahkan bahawa seorang pekerja telah mencuri artifak selama tiga dekad.
Kira-kira 2,000 item dilaporkan hilang, mencetuskan kritikan antarabangsa dan gesaan baharu untuk menghantar pulang peninggalan budaya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muzium British
#sabotaj
#Muzium British ditutup
#Silk Road
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan