[TERKINI] Senarai Lengkap Kabinet Baharu MADANI – Siapa Pegang Portfolio Utama?
DUNIA

Muzium Louvre di Paris ditutup akibat mogok

Bernama 15/12/2025 | 22:20 MYT
Pekerja mempamerkan sepanduk di luar Muzium Louvre ketika mengadakan mogok sehari berhubung syarat kerja dan aduan lain. - Foto AP
PARIS: Muzium Louvre di Paris ditutup pada Isnin apabila kakitangan mengadakan mogok bagi membantah keadaan bekerja yang semakin merosot, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Masih belum jelas berapa lama mogok itu akan berlarutan. Pihak muzium memaklumkan di laman sesawang rasminya yang muzium itu tidak dapat diakses buat masa ini akibat tindakan industri, sambil memohon maaf kepada pengunjung atas kesulitan yang berlaku. Kesatuan sekerja pula menyatakan yang mogok itu bersifat tanpa tempoh tamat.

Pekerja membantah kekurangan kakitangan dan sumber yang tidak mencukupi. Antara tuntutan mereka termasuk penambahan kakitangan di kawasan kaunter penerimaan tetamu dan keselamatan.

Mogok itu menyusul selepas beberapa insiden di muzium terkenal dunia berkenaan. Pada Oktober, mahkota bernilai kira-kira EUR88 juta (sekitar AS$103 juta) dicuri, manakala pada November, sebuah galeri terpaksa ditutup akibat struktur sokongan yang uzur.

Pada awal Disember, kebocoran air menyebabkan kerosakan terhadap 300 hingga 400 jurnal dan dokumen khusus di perpustakaan antikuiti Mesir.

--BERNAMA-dpa







#muzium louvre #mogok #kakitangan #keadaan bekerja