DUNIA
Muzium Louvre terus ditutup ketika petugas lanjut mogok kerana isu keselamatan, kekurangan pekerja
Anggota kesatuan mempamerkan kain rentang dan bendera kesatuan di luar Muzium Louvre selepas pekerja mengundi untuk melanjutkan mogok yang menjejaskan operasi muzium itu, Paris, 17 Dis 2025. (Foto AP)
ISTANBUL: Muzium Louvre akan terus ditutup pada Rabu selepas petugasnya mengundi untuk meneruskan mogok yang bermula awal minggu ini, menurut kesatuan sekerja, dengan alasan keadaan kerja yang semakin merosot serta kekurangan sumber susulan kejadian pecah masuk berprofil tinggi hampir dua bulan lepas, lapor Anadolu Ajansi (AA) berdasarkan laporan media tempatan.
Dalam satu mesyuarat perhimpunan umum, pekerja memutuskan untuk melanjutkan tindakan mogok itu, menurut kesatuan CGT dan CFDT, lapor BFM TV.
Mogok dilancarkan pada Isnin selepas kira-kira 400 petugas sebulat suara mengundi untuk membantah apa yang mereka sifatkan sebagai kekurangan kakitangan kronik, kemerosotan keadaan bangunan bersejarah itu, serta tekanan belanjawan.
Muzium paling banyak dikunjungi di dunia itu ditutup pada Isnin akibat mogok dan sekali lagi pada Selasa, yang merupakan hari penutupan mingguan biasanya.
Wakil kesatuan berkata kekecewaan petugas semakin memuncak berikutan beberapa insiden sejak kejadian pecah masuk pada 19 Okt, termasuk penutupan sementara sebuah galeri dan kerosakan buku-buku lama akibat kebocoran air.
Susulan mesyuarat krisis dengan kesatuan di Kementerian Kebudayaan, kerajaan mencadangkan beberapa langkah, termasuk membatalkan rancangan pemotongan dana sebanyak EUR5.7 juta (US$6.6 juta) bagi tahun 2026, membuat pengambilan baharu bagi jawatan penerimaan pelawat dan pemantauan, serta meningkatkan bayaran pampasan.
Namun, kesatuan menuntut agar kenaikan gaji itu dijadikan kekal.
Pertikaian buruh ini turut memperbaharui penelitian terhadap pengurusan keselamatan muzium itu. Presiden Louvre Laurence des Cars, dijangka berdepan pertanyaan lanjut oleh Jawatankuasa Kebudayaan Senat lewat Rabu ini ketika penggubal undang-undang mencari penjelasan mengenai kegagalan keselamatan yang didedahkan oleh kejadian pecah masuk itu.
Des Cars sebelum ini mengakui berlaku "kegagalan" dalam aspek keselamatan ketika memberi keterangan di Senat, namun berkata langkah telah diambil untuk mempercepat pelaksanaan pelan induk keselamatan yang sekian lama tertangguh.
-- BERNAMA