[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Myanmar isytihar 17 pekan terjejas siklon sebagai zon bencana

Bernama 15/05/2023 | 10:15 MYT
Suasana di Sittwe, antara pekan yang diisytiharkan sebagai kawasan terjejas bencana alam selaras Seksyen 11 Undang-undang Pengurusan Bencana Alam. -AP
YANGON: Myanmar mengisytiharkan 17 pekan di negeri Rakhine sebagai kawasan terjejas bencana alam, menurut pemberitahuan yang dikeluarkan oleh Majlis Pentadbiran Negeri (SAC) pada Isnin, lapor Xinhua.
Pekan terjejas ialah Kyaukphyu, Manaung, Ramree, Ann, Sittwe, Pauktaw, Ponnagyun, Rathedaung, Gwa, Taungup, Thandwe, Maungtaw, Buthidaung, Kyauktaw, Minbya, Mrauk-U dan Myebon.
Menurut pemberitahuan, kesemua pekan itu diisytiharkan sebagai kawasan terjejas bencana alam selaras Seksyen 11 Undang-undang Pengurusan Bencana Alam.
Pengisytiharan itu dibuat selepas siklon Mocha menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda, dan kerosakan kepada alam sekitar di Rakhine, dan dipercayai terdapat kesukaran untuk memulihkan kawasan terjejas kembali kepada normal.
-- BERNAMA
#Myanmar #Rakhine #bencana alam #Majlis Pentadbiran Negeri