DUNIA
Myanmar kenakan undang-undang tentera di 63 daerah selepas pengisytiharan darurat
Perintah itu dikenakan bagi memulihkan keadaan pentadbiran, keamanan dan kedaulatan undang-undang di daerah-daerah yang terlibat. - Gambar hiasan
YANGON: Myanmar mengisytiharkan undang-undang tentera di 63 daerah pada Khamis, sejurus selepas mengumumkan perintah darurat di kawasan-kawasan terbabit, menurut laporan Myanmar Radio and Television milik kerajaan, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Perintah undang-undang tentera yang akan dikuat kuasa selama 90 hari itu diisytiharkan oleh Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara (NDSC) Myanmar.
Menurut laporan berkenaan, perintah itu dikenakan bagi memulihkan keadaan pentadbiran, keamanan dan kedaulatan undang-undang di daerah-daerah yang terlibat.
Berikutan itu, kuasa eksekutif dan kehakiman di daerah-daerah terbabit dipindahkan kepada Panglima Angkatan Tentera Myanmar.
Daerah-daerah yang dikenakan undang-undang tentera termasuk lima di negeri Kachin, tiga di negeri Kayah, dua di negeri Kayin, tujuh di negeri Chin, sembilan di wilayah Sagaing, lima di wilayah Magway, tiga di wilayah Mandalay, 14 di negeri Rakhine, dan 15 di negeri Shan, menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Myanmar mengisytiharkan undang-undang tentera selama 90 hari di 63 daerah selepas mengumumkan perintah darurat, bertujuan memulihkan pentadbiran, keamanan dan kedaulatan undang-undang.
- Kuasa eksekutif dan kehakiman di daerah-daerah terbabit dipindahkan kepada Panglima Angkatan Tentera Myanmar, menandakan pengukuhan kawalan ketenteraan di kawasan bergolak.
- Daerah yang terlibat termasuk di negeri Kachin, Kayah, Kayin, Chin, Rakhine dan Shan serta wilayah Sagaing, Magway dan Mandalay, yang kebanyakannya terjejas oleh konflik dan ketidakstabilan.