BANGKOK: Myanmar menyangkal dakwaan ASEAN bahawa tidak banyak kemajuan dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara ASEAN (5PC) oleh junta, dan menggesa kumpulan 10 anggota itu untuk mengelak daripada membuat penilaian yang berat sebelah dalam hal itu.
Kementerian Hal Ehwal Luar Myanmar dalam satu kenyataan berkata dakwaan yang dinyatakan dalam perenggan mengenai "Pembangunan di Myanmar" dalam Kenyataan Bersama Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN ke-55 (AMM-55), yang dikeluarkan pada Jumaat, telah mengabaikan usaha Myanmar terhadap pelaksanaan 5PC.
"Myanmar tidak pernah gagal dalam usaha mewujudkan keamanan dan ketenteraman sambil bekerjasama dengan Duta khas Pengerusi ASEAN untuk melaksanakan 5PC.
"Usaha damai berterusan yang diketuai oleh Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (Jeneral Kanan Min Aung Hlaing) adalah satu kemajuan yang ketara.
"Oleh itu, ASEAN harus mengelak daripada sebarang penilaian berat sebelah terhadap pelaksanaan 5PC. Kemajuan pelaksanaan 5PC ASEAN harus dinilai secara objektif dan adil berdasarkan fakta terkini dan situasi sebenar di lapangan," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu disiarkan bersama rancangan lima perkara Myanmar sendiri "Five Point Road Map of the State Administration Council" di Global New Light Myanmar yang dikendalikan kerajaan pada Sabtu.
Pada Jumaat, Menteri-menteri Luar ASEAN menyatakan mereka 'amat kecewa' dengan kemajuan yang terhad dan kekurangan komitmen junta Myanmar dalam melaksanakan 5PC yang telah dipersetujui pada April 2021.
Blok itu juga berkata bahawa Sidang Kemuncak ASEAN pada November kelak akan menilai kemajuan pelaksanaan 5PC oleh SAC yang akan menentukan langkah seterusnya.
Pada 2 Ogos, Min Aung Hlaing berkata beberapa perkara dalam 5PC yang dipersetujui dengan ASEAN akan dilaksanakan tahun ini bagi menamatkan krisis di negara itu.
Sementara itu, dalam kenyataan sama, Kementerian Luar Myanmar juga menyebut ASEAN harus menghormati hak setiap negara anggota dengan mengelak daripada campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota.
"ASEAN juga harus menghormati usaha Myanmar menguruskan hal ehwal dalamannya selaras dengan Perlembagaan Negara(2008), undang-undang dan peraturan sedia ada sesebuah negara.
"Myanmar percaya bahawa ASEAN boleh mengekalkan perpaduan dan pemusatannya dalam jangka panjang hanya jika semua negara anggota ASEAN menghormati peruntukan dan prinsip asas Piagam ASEAN, khususnya mengenai kesaksamaan, keterangkuman, kedaulatan dan tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota ASEAN ," kata kenyataan itu.
Kementerian itu juga membantah sekeras-kerasnya kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan ASEAN (AICHR) Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura serta beberapa negara anggota ASEAN yang menyatakan kebimbangan mereka terhadap hukuman mati empat penjenayah dan bekata AICHR tersilap kerana merujuk mereka sebagai "aktivis politik".
Kenyataan itu berkata Myanmar akan terus melaksanakan Five-Point Future Plan dan juga akan bekerjasama secara konstruktif dengan ASEAN sambil berpegang kepada prinsip penting yang termaktub dalam Piagam ASEAN dan selaras dengan amalan ASEAN.
Menteri Luar Myanmar Wunna Maung Lwin tidak dijemput ke Phnom Penh untuk menghadiri AMM-55 manakala Min Aung Hlaing turut diketepikan pada sidang kemuncak pemimpin tahun lalu.
Tentera Myanmar melakukan rampasan kuasa pada 1 Februari 2021 dan menahan pemimpin yang dipilih Aung San Suu Kyi dan beberapa aktivis politik. Sejak rampasan kuasa yang diketuai oleh Jeneral Hlaing, sekurang-kurangnya 2,114 orang telah terbunuh di Myanmar dalam kempen untuk menghentikan penentangan yang meluas terhadap pemerintahan tentera.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 06 2022
Pada Jumaat, Menteri-menteri Luar ASEAN menyatakan mereka 'amat kecewa' dengan kemajuan yang terhad dan kekurangan komitmen junta Myanmar dalam melaksanakan 5PC yang telah dipersetujui pada April 2021.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bilion bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 daripada jumlah RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan Kelantan gesa PLSB Sungai Golok dikaji semula
Kerajaan Kelantan menggesa pihak bertanggungjawab mengkaji semula perancangan pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok secara berfasa dengan penjadualan yang lebih teratur dan strategik.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Kebuluran di Rakhine boleh menular lepasi sempadan Myanmar - PBB
PBB menggesa campur tangan antarabangsa segera di Rakhine, Myanmar, berikutan kemungkinan negeri itu akan terjerumus ke dalam krisis sosial dan ekonomi ekoran kebuluran.
Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.
Myanmar sedia bekerjasama dengan ASEAN selaras dengan piagam - Ketua tentera
Ketua tentera Myanmar menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya bersedia untuk bekerjasama dengan ASEAN bagi mencapai penyelesaian damai di negara Asia Tenggara yang dilanda kekacauan itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir
Terdapat dua pelan pengedaran - pelan tujuh hari memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang, pelan 14 hari membantu lebih 100,000 orang.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Mashitah fail saman terhadap NGO kaitkannya dengan pemerdagangan manusia di Myanmar
Dr Mashitah failkan saman terhadap sebuah NGO dan dua individu berhubung kenyataan mengaitkannya dengan jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar.
Gajah Asia hadiah Myanmar mati di zoo Jepun akibat virus herpes
Seekor gajah Asia yang diberikan kepada Fukuoka oleh bandar Yangon di bawah program persahabatan telah mati di sebuah zoo di bandar Jepun itu selepas dijangkiti virus herpes.
Tiada bukti Dr Mashitah, suami terlibat sindiket pemerdagangan manusia - KPN
Tiada bukti mengaitkan Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan suami terlibat dengan kegiatan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.