Presiden Myanmar Thein Sein mengumumkan pembentukan sebuah suruhanjaya pencegahan rasuah yang diterajui kebanyakannya oleh bekas pegawai tentera, lapor akhbarThe New Light of Myanmar.
Suruhanjaya itu diketuai oleh bekas jeneral Mya Min sebagai pengerusi, bekas jeneral Tin Oo sebagai setiausaha dan 13 anggota yang kebanyakannya merupakan bekas pegawai tentera.
Biarpun penubuhan suruhanjaya itu dialu-alukan oleh pemerhati, sesetengah yang lain melahirkan rasa ragu tentang kelayakan pesuruhjaya itu dalam usaha melawan rasuah.
Pemimpin pembangkang Myanmar ragu apakah suruhanjaya yang diketuai oleh dua bekas jeneral boleh menangani pencegahan rasuah dengan berkesan di negara yang baru berjinak-jinak dengan demokrasi.
"Saya ragu suruhanjaya itu boleh melakukan banyak perkara tetapi adalah lebih baik daripada tidak ada suruhanjaya," kata Thein Nyunt, ahli parlimen wakil Parti Demokrasi Nasional baru (NNDP).
Myanmar diperintah oleh tentera selama empat dekad antara 1962 sehingga 2010.
"Suruhanjaya itu sepatutnya disertai oleh mereka yang pakar tentang pencegahan rasuah dan akan berlaku adil," katanya.
Akhbar Bangkok Post menyebut antara tahun 1988 hingga 2010, laporan rasuah dan kronisme di kalangan pegawai kanan tentera sangat menjadi-jadi.
Myanmar kini diperintah oleh kerajaan pilihan rakyat yang diterajui oleh Parti Kesatuan Solidariti dan Pembangunan (USDP) sejak Mac 2011 apabila Presiden Thein Sien mengangkat sumpah jawatan dan memulakan beberapa pembaharuan politik dan ekonomi.
Undang-undang pencegahan rasuah ini telah diluluskan oleh parlimen pada Julai 2013 dan pengumuman penubuhan suruhanjaya ini adalah rentetan daripada kelulusan undang-undang itu.
Di bawah undang-undang sedia ada, kesalahan rasuah membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun bagi ahli politik dan 10 tahun bagi kakitangan kerajaan.
Agensi
Wed Feb 26 2014
Thein Sein
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Myanmar tubuh suruhanjaya anti rasuah
Suruhanjaya itu diketuai oleh bekas jeneral Mya Min sebagai pengerusi, bekas jeneral Tin Oo sebagai setiausaha dan 13 anggota yang kebanyakannya merupakan bekas pegawai tentera.