Myanmar umum kelahiran spesies gajah putih yang jarang ditemui

Astro Awani
Ogos 6, 2022 01:00 MYT
Di Myanmar, spesies gajah putih yang jarang ditemui dianggap sebagai haiwan bertuah. - Foto Kementerian Sumber Asli dan Pemuliharaan Alam Sekitar Myanmar
RAKHINE: Kementerian Sumber Asli dan Pemuliharaan Alam Sekitar Myanmar pada Selasa lalu mengumumkan kelahiran seekor gajah putih yang jarang ditemui Taungup, Rakhine.
Anak gajah putih itu, yang dilahirkan dengan berat badan kira-kira 180 paun pada 23 Julai, diukur pada ketinggian dua kaki dan lima inci bahu, tiga kaki dan satu inci lilitan badan, dua kaki panjang belakang serta satu kaki dan enam inci panjang ekor, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Di Myanmar, spesies gajah putih yang jarang ditemui dianggap sebagai haiwan bertuah.
Anak gajah berusia 10 hari itu sihat dan gembira bersama ibunya, tambah kenyataan itu.
#Gajah Putih #Myanmar #kelahiran #haiwan bertuah