DUNIA
Nahas 737 Max: Mahkamah AS gugur tuduhan jenayah terhadap Boeing
Boeing tidak akan dihadapkan kepada tuduhan jenayah berhubung dua insiden nahas pesawat 737 Max yang mengorbankan 346 nyawa, selepas permohonan DoJ untuk menggugurkan kes tersebut diluluskan oleh hakim persekutuan di Texas. -Gambar fail/AP
WASHINGTON: Syarikat penerbangan Boeing tidak akan berdepan tuduhan jenayah berhubung dua insiden nahas pesawat 737 Max yang mengorbankan 346 nyawa, selepas seorang hakim persekutuan di Texas meluluskan permintaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk menggugurkan kes berkenaan.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Keputusan itu diumumkan pada Khamis, susulan perjanjian yang dicapai antara Boeing dan DoJ pada Mei lalu, yang membolehkan syarikat tersebut membayar atau melabur sebanyak AS$1.1 bilion sebagai sebahagian daripada penyelesaian kes.
Jumlah tersebut merangkumi denda sebanyak AS$244 juta; AS$445 juta untuk dana pampasan kepada keluarga mangsa; dan AS$455 juta bagi penambahbaikan sistem keselamatan, kualiti dan pematuhan dalaman Boeing.
Hakim Reed O’Connor berkata beliau tidak bersetuju dengan langkah menggugurkan tuduhan atas alasan kepentingan awam, namun menyatakan bahawa kebimbangannya tidak mencukupi untuk menolak permintaan DoJ.
Beliau turut mengkritik keputusan membenarkan Boeing memilih perunding pematuhan sendiri, tanpa pemantauan bebas seperti yang dicadangkan sebelum ini.
Tindakan ini menerima bantahan daripada keluarga mangsa nahas Lion Air Flight 610 (Indonesia, Oktober 2018) dan Ethiopian Airlines Flight 302 (Ethiopia, Mac 2019), yang menuntut agar Boeing dibicarakan secara terbuka atas dakwaan menipu pengawal selia penerbangan mengenai sistem kawalan MCAS yang dikaitkan dengan kedua-dua insiden.
Peguam keluarga mangsa, Paul Cassell, menyatakan hasrat untuk merayu keputusan tersebut, sambil menegaskan bahawa mahkamah tidak seharusnya berdiam diri apabila ketidakadilan berlaku.
Boeing dalam kenyataan rasmi berkata pihaknya komited untuk mematuhi perjanjian dengan DoJ dan akan terus memperkukuh program keselamatan, kualiti dan pematuhan syarikat.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Boeing tidak akan dihadapkan kepada tuduhan jenayah berhubung dua insiden nahas pesawat 737 Max yang mengorbankan 346 nyawa, selepas permohonan DoJ untuk menggugurkan kes tersebut diluluskan oleh hakim persekutuan di Texas.
- Penyelesaian kes melibatkan pembayaran atau pelaburan AS$1.1 bilion oleh Boeing, termasuk denda, pampasan kepada keluarga mangsa, dan penambahbaikan sistem keselamatan dan kualiti dalaman syarikat.
- Keputusan ini menimbulkan bantahan daripada keluarga mangsa yang mendakwa Boeing perlu dibicarakan secara terbuka atas dakwaan menipu pengawal selia penerbangan, sementara pihak Boeing berkomitmen untuk mematuhi perjanjian dengan DoJ serta memperkukuh program keselamatan syarikat.
Keputusan itu diumumkan pada Khamis, susulan perjanjian yang dicapai antara Boeing dan DoJ pada Mei lalu, yang membolehkan syarikat tersebut membayar atau melabur sebanyak AS$1.1 bilion sebagai sebahagian daripada penyelesaian kes.
Jumlah tersebut merangkumi denda sebanyak AS$244 juta; AS$445 juta untuk dana pampasan kepada keluarga mangsa; dan AS$455 juta bagi penambahbaikan sistem keselamatan, kualiti dan pematuhan dalaman Boeing.
Hakim Reed O’Connor berkata beliau tidak bersetuju dengan langkah menggugurkan tuduhan atas alasan kepentingan awam, namun menyatakan bahawa kebimbangannya tidak mencukupi untuk menolak permintaan DoJ.
Beliau turut mengkritik keputusan membenarkan Boeing memilih perunding pematuhan sendiri, tanpa pemantauan bebas seperti yang dicadangkan sebelum ini.
Tindakan ini menerima bantahan daripada keluarga mangsa nahas Lion Air Flight 610 (Indonesia, Oktober 2018) dan Ethiopian Airlines Flight 302 (Ethiopia, Mac 2019), yang menuntut agar Boeing dibicarakan secara terbuka atas dakwaan menipu pengawal selia penerbangan mengenai sistem kawalan MCAS yang dikaitkan dengan kedua-dua insiden.
Peguam keluarga mangsa, Paul Cassell, menyatakan hasrat untuk merayu keputusan tersebut, sambil menegaskan bahawa mahkamah tidak seharusnya berdiam diri apabila ketidakadilan berlaku.
Boeing dalam kenyataan rasmi berkata pihaknya komited untuk mematuhi perjanjian dengan DoJ dan akan terus memperkukuh program keselamatan, kualiti dan pematuhan syarikat.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah keputusan terkini yang dibuat oleh hakim persekutuan di Texas berkenaan kes Boeing 737 Max?
A: Hakim persekutuan di Texas menggugurkan tuduhan jenayah terhadap Boeing berhubung dua insiden nahas pesawat 737 Max. - Q: Berapakah jumlah pembayaran atau pelaburan yang perlu dilakukan oleh Boeing berdasarkan perjanjian dengan DoJ?
A: Boeing perlu membayar atau melabur sebanyak AS$1.1 bilion sebagai sebahagian daripada penyelesaian kes, merangkumi denda, dana pampasan kepada keluarga mangsa, dan penambahbaikan sistem keselamatan, kualiti, dan pematuhan dalaman. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh keluarga mangsa nahas Lion Air Flight 610 dan Ethiopian Airlines Flight 302 berkenaan isu yang berkaitan dengan Boeing?
A: Keluarga mangsa menuntut agar Boeing dibicarakan secara terbuka atas dakwaan menipu pengawal selia penerbangan mengenai sistem kawalan MCAS yang dikaitkan dengan kedua-dua insiden. - Q: Siapakah perwakilan keluarga mangsa yang menyatakan hasrat untuk merayu keputusan menggugurkan kes tersebut?
A: Peguam keluarga mangsa, Paul Cassell, menyatakan hasrat untuk merayu keputusan tersebut, sambil menegaskan bahawa mahkamah tidak seharusnya berdiam diri apabila ketidakadilan berlaku. - Q: Apakah komitmen Boeing selepas keputusan menggugurkan tuduhan jenayah tersebut?
A: Boeing dalam kenyataan rasmi menyatakan komitmen untuk mematuhi perjanjian dengan DoJ dan akan terus memperkukuh program keselamatan, kualiti, dan pematuhan syarikat.