[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
DUNIA

Nahas Air India: Apa yang diketahui setakat ini...

Agensi 12/06/2025 | 23:10 MYT
Operasi mencari dan menyelamat diteruskan sepanjang malam di lokasi kejadian yang sangat luas itu. - Gambar Reuters
BERIKUT rumusan awal mengenai insiden nahas pesawat Air India yang terhempas pada Khamis.

* Pesawat Boeing 787-8 Dreamliner milik Air India yang dalam perjalanan ke London dan membawa 242 orang, terhempas ke kawasan perumahan hanya beberapa minit selepas berlepas kira-kira jam 1.38 petang waktu tempatan (9.08 pagi BST) pada Khamis.

* Rakaman dramatik yang tular kemudian menunjukkan pesawat tersebut berlepas sebelum perlahan-lahan menjunam ke kawasan berpenduduk.

* Asap hitam tebal dilihat membumbung ke udara selepas letupan berlaku sewaktu impak.

* Polis tempatan memaklumkan bahawa 204 mayat telah ditemui di lokasi kejadian, namun jumlah sebenar mangsa yang berada di dalam pesawat dan yang berada di darat masih belum dapat dipastikan.

* Ketua Polis Ahmedabad memberitahu media India, terdapat seorang mangsa yang terselamat, dipercayai warganegara Britain bernama Vishwashkumar Ramesh.

* Antara penumpang dalam pesawat itu ialah 169 warga India, 53 warga Britain, tujuh warga Portugal dan seorang warga Kanada.

* Sekurang-kurangnya 50 pelajar perubatan cedera dan sedang dirawat di hospital selepas pesawat berkenaan terhempas ke atas asrama doktor di bandar Ahmedabad, barat India.

* Operasi mencari dan menyelamat diteruskan sepanjang malam di lokasi kejadian yang sangat luas itu.

* Pasukan penyiasat khas dari Amerika Syarikat dan United Kingdom kini dalam perjalanan ke India bagi membantu siasatan.


#nahas Air India #penerbangan AI171 #Boeing 787 Dreamliner #Air India terhempas