DUNIA
Nahas Air India: Mahkamah putuskan juruterbang tidak bersalah dalam insiden ragut 260 nyawa
Mahkamah Agung India memutuskan juruterbang pesawat Air India Penerbangan 171 yang terlibat nahas meragut 260 nyawa. -Gambar fail/Reuters
NEW DELHI: Mahkamah Agung India pada Jumaat memutuskan bahawa juruterbang utama pesawat Air India Penerbangan 171, Kapten Sumeet Sabharwal, tidak boleh dipersalahkan atas nahas udara yang meragut 260 nyawa berhampiran Ahmedabad pada 12 Jun lalu.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Keputusan itu dibuat susulan laporan awal siasatan oleh Biro Siasatan Kemalangan Pesawat India (AAIB) yang tidak menunjukkan sebarang unsur kecuaian atau kesilapan oleh juruterbang dalam insiden berkenaan.
Panel hakim yang diketuai oleh Hakim Surya Kant dan Joymalya Bagchi menegaskan bahawa tiada sebarang tanggapan terhadap juruterbang dalam laporan tersebut, dan menyifatkan dakwaan awal yang mengaitkan kekeliruan dalam kokpit sebagai punca nahas sebagai tidak bertanggungjawab.
Bapa kepada Kapten Sabharwal, Pushkar Raj Sabharwal, 91, telah memfailkan petisyen bagi menuntut siasatan bebas oleh panel pakar, susulan spekulasi awal yang mendakwa juruterbang mematikan bekalan bahan api secara sengaja.
Mahkamah akan mendengar permohonan tersebut pada 10 November.
Pesawat jenis Boeing 787-8 Dreamliner itu terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel, menyebabkan kematian kesemua penumpang dan anak kapal termasuk Kapten Sabharwal dan pembantu juruterbang Clive Kundar.
Insiden tersebut mencetuskan desakan awam agar sistem keselamatan penerbangan India ditambah baik, selain menimbulkan persoalan mengenai prosedur kokpit dan reka bentuk suis bahan api pesawat.
Mahkamah turut menyatakan bahawa pengesahan rasmi akan dikeluarkan bagi membersihkan nama juruterbang daripada sebarang tuduhan tidak berasas, sekiranya perlu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Mahkamah Agung India memutuskan juruterbang utama pesawat Air India Penerbangan 171, Kapten Sumeet Sabharwal, tidak bersalah berkenaan nahas udara yang meragut 260 nyawa berhampiran Ahmedabad.
- Laporan awal Biro Siasatan Kemalangan Pesawat India tidak menunjukkan kesilapan juruterbang dalam insiden tersebut.
- Bapa kepada Kapten Sabharwal memfailkan petisyen untuk siasatan bebas susulan dakwaan awal tentang tindakan juruterbang mematikan bekalan bahan api secara sengaja.
Keputusan itu dibuat susulan laporan awal siasatan oleh Biro Siasatan Kemalangan Pesawat India (AAIB) yang tidak menunjukkan sebarang unsur kecuaian atau kesilapan oleh juruterbang dalam insiden berkenaan.
Panel hakim yang diketuai oleh Hakim Surya Kant dan Joymalya Bagchi menegaskan bahawa tiada sebarang tanggapan terhadap juruterbang dalam laporan tersebut, dan menyifatkan dakwaan awal yang mengaitkan kekeliruan dalam kokpit sebagai punca nahas sebagai tidak bertanggungjawab.
Bapa kepada Kapten Sabharwal, Pushkar Raj Sabharwal, 91, telah memfailkan petisyen bagi menuntut siasatan bebas oleh panel pakar, susulan spekulasi awal yang mendakwa juruterbang mematikan bekalan bahan api secara sengaja.
Mahkamah akan mendengar permohonan tersebut pada 10 November.
Pesawat jenis Boeing 787-8 Dreamliner itu terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel, menyebabkan kematian kesemua penumpang dan anak kapal termasuk Kapten Sabharwal dan pembantu juruterbang Clive Kundar.
Insiden tersebut mencetuskan desakan awam agar sistem keselamatan penerbangan India ditambah baik, selain menimbulkan persoalan mengenai prosedur kokpit dan reka bentuk suis bahan api pesawat.
Mahkamah turut menyatakan bahawa pengesahan rasmi akan dikeluarkan bagi membersihkan nama juruterbang daripada sebarang tuduhan tidak berasas, sekiranya perlu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah keputusan Mahkamah Agung India berkenaan kes nahas udara pesawat Air India Penerbangan 171 baru-baru ini?
A: Mahkamah Agung India memutuskan bahawa juruterbang utama pesawat tersebut, Kapten Sumeet Sabharwal, tidak boleh dipersalahkan atas nahas udara yang meragut nyawa 260 orang berhampiran Ahmedabad. - Q: Apakah laporan awal Biro Siasatan Kemalangan Pesawat India (AAIB) mengenai kes tersebut?
A: Laporan awal AAIB tidak menunjukkan sebarang unsur kecuaian atau kesilapan oleh juruterbang dalam insiden tersebut. - Q: Siapakah yang telah memfailkan petisyen bagi menuntut siasatan bebas oleh panel pakar berkenaan kes nahas udara ini?
A: Bapa kepada Kapten Sabharwal, Pushkar Raj Sabharwal, 91 tahun, telah memfailkan petisyen tersebut susulan spekulasi awal yang mendakwa juruterbang mematikan bekalan bahan api secara sengaja. - Q: Bilakah Mahkamah akan mendengar permohonan siasatan bebas oleh panel pakar yang difailkan?
A: Mahkamah akan mendengar permohonan tersebut pada 10 November. - Q: Apakah pesawat yang terlibat dalam nahas udara tersebut dan berapa jumlah kematian yang dilaporkan?
A: Pesawat yang terlibat adalah Boeing 787-8 Dreamliner dan kesemua penumpang serta anak kapal termasuk juruterbang utama meninggal dunia dalam nahas tersebut.