DUNIA
Nahas Air India: Persatuan juruterbang tolak dakwaan kesilapan manusia
Dua persatuan juruterbang utama India menolak dakwaan bahawa kesilapan manusia menjadi punca nahas Air India AI171 yang meragut 260 nyawa, dan menyifatkannya sebagai prejudis sebelum siasatan selesai. -Gambar fail/Reuters
NEW DELHI: Dua persatuan juruterbang utama India menolak sekeras-kerasnya dakwaan bahawa kesilapan manusia menjadi punca nahas penerbangan Air India AI171 yang meragut 260 nyawa pada 12 Jun lalu.
Ringkasan AI
Persatuan Juruterbang Komersial India (ICPA) dan Persatuan Juruterbang India (ALPA India) menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas serta mencetuskan prejudis terhadap juruterbang sebelum siasatan lengkap diselesaikan.
Laporan awal siasatan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara India (AAIB) mendedahkan bahawa suis bahan api enjin pesawat jenis Boeing 787-8 Dreamliner itu telah dimatikan secara misteri, namun punca sebenar masih belum dikenal pasti.
Rakaman suara kokpit menunjukkan perbualan juruterbang mengenai pemotongan bahan api, namun tiada bukti sahih yang mengesahkan tindakan itu disengajakan.
ICPA dalam kenyataan media menegaskan bahawa sebarang spekulasi termasuk kemungkinan tindakan bunuh diri oleh juruterbang adalah tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif terhadap waris mangsa.
Sementara itu, ALPA India mengkritik siasatan AAIB yang didakwa kurang telus serta meminta agar wakil juruterbang diberikan akses sebagai pemerhati bagi memastikan proses siasatan yang adil.
Ketua Pegawai Eksekutif Air India, Campbell Wilson, menyeru semua pihak agar tidak membuat sebarang rumusan awal dan menunggu laporan penuh siasatan dikeluarkan.
Nahas penerbangan AI171 yang berlepas dari Ahmedabad ke London mengorbankan kesemua 241 penumpang dan anak kapal, serta 19 individu di kawasan darat berhampiran lokasi kejadian.
Ringkasan AI
- Dua persatuan juruterbang utama India menolak dakwaan bahawa kesilapan manusia menjadi punca nahas Air India AI171 yang meragut 260 nyawa, dan menyifatkannya sebagai prejudis sebelum siasatan selesai.
- Laporan awal siasatan menunjukkan suis bahan api pesawat dimatikan secara misteri, namun tiada bukti sahih bahawa tindakan itu disengajakan atau berpunca daripada juruterbang.
- Persatuan juruterbang menggesa siasatan yang telus dan adil, manakala Air India menyeru semua pihak agar tidak membuat rumusan awal sebelum laporan penuh dikeluarkan.