awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas bot karam Itali, lebih 300 dikuatiri lemas

Astro Awani
Astro Awani
03/10/2013
23:15 MYT
Nahas bot karam Itali, lebih 300 dikuatiri lemas
Kerajaan Itali mengisytiharkan perintah berkabung pada Jumaat susulan tragedi bot pendatang karam di luar pesisir pantai pulau Lampedusa.
Bagi menghormati mereka yang terkorban semua sekolah di seluruh negara itu diarah bertafakur selama seminit sebelum memulakan sesi.
Dalam nahas berkenaan lebih 100 disahkan mati lemas manakala beratus yang lain dilaporkan masih hilang
Angka kematian dijangka mencecah lebih 300 orang.
Nahas berlaku selepas bot yang sarat membawa pendatang dari Tripoli, Libya terbakar dan kemudian karam, hampir satu kilometer di pesisir pantai pulau berkenaan.
Ketika itu ia membawa antara 450 hingga 500 penumpang.
Pasukan penyelam pengawal pantai menemui lebih 20 mangsa yang lemas di dasar laut manakala berpuluh yang lain ditemui hanyut.
Pihak berkuasa Itali memaklumkan hampir 200 mangsa berjaya diselamatkan.
Menurut mangsa, kejadian berlaku sebaik bot nelayan yang digunakan dimasuki air dan disusuli dengan kebocoran bahan api.
Salah seorang anak kapal berkenaan kemudian bertindak menyalakan api pada selimut sebagai isyarat kecemasan kepada kapal lain.
Ia bagaimanapun mengundang padah selepas disambar api.
Topic Berkaitan
#bot
#Itali
#karam
#Lampedusa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan