awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas helikopter: Dua minggu untuk kenal pasti mayat

Bernama
Bernama
11/11/2013
15:16 MYT
Nahas helikopter: Dua minggu untuk kenal pasti mayat
Pasukan penyelamat membawa keluar mangsa-mangsa nahas helikopter. -- Gambar: AFP
Pihak berkuasa Indonesia memerlukan masa dua minggu untuk mengenal pasti mayat 13 penumpang helikopter MI-17 milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD), yang terhempas dan terbakar di kawasan Malinau, Kalimantan Utara dekat sempadan Indonesia-Malaysia pada Sabtu.
Proses mengenal pasti jasad mangsa membabitkan pemeriksaan forensik dan memakan masa agak lama kerana pihak berkuasa perlu mengambil sampel darah anggota keluarga untuk dipadankan dengan DNA mangsa, kata Komandan Pusat Penerbangan TNI-AD Brigidier Jeneral Afifuddin, pada Isnin.
Sementara itu, Ketua Staf TNI-AD Jenderal Budiman berkata laporan sementara pasukan penyiasat menyatakan pesawat malang yang membawa 19 penumpang itu jatuh terhempas ke dalam gaung, kira-kira 10 meter sebelum ia mendarat di kawasan Malinau selepas ditiup angin kencang.
Korban nahas itu terdiri daripada lapan orang awam dan lima anggota TNI-AD manakala enam penumpang yang terselamat dalam kejadian berkenaan ialah empat orang awam dan dua anggota TNI-AD.
Helikopter itu dilaporkan sedang mengangkut pekerja binaan untuk projek pembinaan pos tentera di kawasan sempadan Indonesia-Malaysia iaitu Malinau-Sarawak semasa kejadian berlaku pada kira-kira 11 pagi, dua jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Juwata, Tarakan pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#helikopter MI-17
#Malinau
#Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat
#TNI-AD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan