[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Nahas JAL516: Kesemua 379 penumpang terselamat daripada pesawat terbakar

Bernama 02/01/2024 | 12:57 MYT
Pesawat itu bertembung dengan sebuah pesawat yang dipercayai milik Pengawal Pantai Jepun selepas mendarat di Lapangan Terbang Haneda. - Reuters
TOKYO: Kesemua 379 penumpang dan anak kapal dalam pesawat Japan Airlines yang terbakar di Lapangan Terbang Haneda Tokyo berjaya diselamatkan, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Selasa.
Pesawat itu, yang mengendalikan penerbangan 516 dari Lapangan Terbang New Chitose di Wilayah Hokkaido ke Lapangan Terbang Haneda Tokyo, bertembung dengan sebuah pesawat yang dipercayai milik Pengawal Pantai Jepun selepas mendarat di Lapangan Terbang Haneda, lapor penyiar awam NHK, memetik Japan Airlines.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Anggota bomba sedang memadamkan api, katanya.
Rakaman NHK menunjukkan letupan api besar dilihat dari sebelah pesawat Japan Airlines ketika ia bergerak di landasan selepas mendarat dan api menyambar pesawat itu tidak lama kemudian.
--BERNAMA-XINHUA
#Japan Airlines #penumpang selamat #lapanga terbang haneda #pelanggaran