awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas JAL516: Kotak hitam pesawat Pengawal Pantai Jepun ditemukan

Astro Awani
Astro Awani
03/01/2024
09:49 MYT
Nahas JAL516: Kotak hitam pesawat Pengawal Pantai Jepun ditemukan
Kotak hitam pesawat Pengawal Pantai Jepun yang terlibat dalam nahas dengan pesawat Japan Airlines JAL516 di Lapangan Terbang Haneda Tokyo pada Selasa berjaya ditemukan. -Reuters
TOKYO: Kotak hitam pesawat Pengawal Pantai Jepun yang terlibat dalam nahas dengan pesawat Japan Airlines JAL516 di Lapangan Terbang Haneda Tokyo pada Selasa berjaya ditemukan, lapor portal NHK World-Japan.
Penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Jepun, Fujiwara Takuya memberitahu pemberita pada Rabu bahawa pihaknya telah memeriksa fiuslaj kedua-dua pesawat serta serpihan yang bertaburan.
Beliau berkata pihaknya kini sedang cuba mendapatkan semula data daripada peranti tersebut.
Kotak hitam pesawat JAL516 bagaimanapun masih belum ditemui.
Fujiwara berkata penyiasat telah menemui kesan impak pada fiuslaj kedua-dua pesawat.
Beliau berkata pegawai penyiasat belum dapat mengesahkan sama ada ia disebabkan oleh pelanggaran kedua-dua pesawat.
Fujiwara berkata penyiasat akan meneruskan siasatan pada serpihan di lokasi sehingga lewat petang Rabu.
Topic Berkaitan
#JAL516
#nahas di lapangan terbang Haneda
#Kotak hitam pesawat Pengawal Pantai Jepun
#Japan Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan