Nahas JAL516: Polis siasatan kemungkinan berlaku kecuaian

Astro Awani
Januari 3, 2024 08:36 MYT
Keadaan pesawat Japan Airlines JAL516 selepas berlanggar dengan pesawat Pengawal Pantai Jepun di landasan Lapangan Terbang Haneda, Selasa, 2 Jan 2024. -Gambar fail
TOKYO: Polis sedang menjalankan siasatan kemungkinan nahas membabitkan pesawat Pengawal Pantai Jepun dan pesawat penumpang Japan Airlines JAL516 di Lapangan Terbang Haneda Tokyo pada Selasa disebabkan kecuaian.
Reuters melaporkan, lima individu dalam pesawat pengawal pantai maut manakala kesemua 379 penumpang dan anak kapal Japan Airlines berjaya menyelamatkan diri beberapa minit sebelum pesawat itu terbakar.
Punca kemalangan setakat ini masih belum jelas, namun media hari ini didedahkan dengan laporan bahawa pesawat JAL516 mendapat kebenaran untuk mendarat daripada pengawal trafik udara.
Rakaman pada Selasa menunjukkan bola api dan kepulan asap hitam dari bawah pesawat JAL516 sejurus mendarat dipercayai selepas berlanggar dengan pesawat Pengawal Pantai Jepun.
Terkini, kotak hitam pesawat kecil itu telah ditemukan, namun kotak hitam pesawat JAL516 masih belum ditemui.
#kecuaian #JAL516 #Lapangan Terbang Haneda #pesawat Pengawal Pantai Jepun