DUNIA
Nahas Jeju Air: 96 disahkan maut, dua berjaya diselamatkan

Sekurang-kurangnya 85 orang maut selepas sebuah pesawat terbakar selepas tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan Korea Selatan pada Ahad. -AP
SEOUL: Sekurang-kurangnya 96 penumpang maut dalam nahas pesawat yang terbakar selepas tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan pada Ahad.
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 96 orang maut apabila pesawat Jeju Air terbakar selepas tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan.
- Pesawat tersebut membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand.
- Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan di lapangan terbang Muan. Pihak berkuasa sedang berusaha menyelamatkan mangsa, dengan dua penumpang berjaya diselamatkan setakat ini.
Sementara itu, pihak berkuasa lapangan terbang memaklumkan pesawat itu cuba melakukan pendaratan cemas apabila menghadapi masalah pada gear pendaratan selepas percubaan pertamanya gagal.
Namun, pesawat malang itu dilaporkan gagal mengurangkan kelajuannya sehingga di hujung landasan dan melanggar struktur di bahagian luar lapangan terbang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami