Nahas Lion Air: Terselamat kerana terperangkap kesesakan lalu lintas

Kohilah Sekaran
Oktober 30, 2018 10:13 MYT
Sony Setiawan, seorang pegawai di Kementerian Kewangan Indonesia berkata beliau sepatutnya berada di dalam pesawat yang malang itu bersama enam rakan sekerjanya.
Kesesakan lalu lintas yang luar biasa telah menyelamatkan seorang lelaki Indonesia daripada menaiki pesawat Boeing 737 Lion Air, JT610 yang terhempas pagi Isnin.
Sony Setiawan, seorang pegawai di Kementerian Kewangan Indonesia berkata beliau sepatutnya berada di dalam pesawat yang malang itu bersama enam rakan sekerjanya.
Bagaimanapun, beliau tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di Tol Cikampek dan hanya tiba di lapangan terbang pada jam 6.20 pagi dan pada ketika itu, pesawat berkenaan sudah berlepas.
“Saya selalu mengambil (pesawat) JT610 bersama rakan-rakan saya.
“Biasanya, saya bertolak dari Bandung pada pukul 11 malam dan tiba di terminal 1B Jakarta sekitar jam 3 pagi.
“Tetapi kesesakan amat luar biasa pagi tadi (pagi Isnin) di Cikampek dan saya hanya tiba di lapangan terbang pada jam 6.20 pagi ketika pesawat sudah berlepas,” katanya kepada agensi berita AFP.
Beliau kemudian mengambil penerbangan yang seterusnya ke bandar Pangkal Pinang dan hanya mengetahui kejadian malang itu selepas mendarat di destinasi tersebut dengan selamat.
Sony turut menghubungi keluarga untuk memberitahu keadaannya.
“Keluarga saya terkejut dan ibu saya sedang menangis selepas mendengar berita itu, tetapi saya memberitahu mereka saya selamat.
“Saya hanya perlu bersyukur,” katanya.

Traffic jam is a source of anger but sometimes it can save life like that of this #Indonesian man who got stuck in #Jakarta's notorious traffic jam. Sony Setiawan arrived too late to catch the doomed #LionAir plane which plunged into the sea, killing 189 passengers & crew. pic.twitter.com/mwvsNAOVuF

— Manzoor Chandio (@manzoor_chandio) October 29, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Difahamkan, Sony yang tinggal di Bandung itu akan menaiki pesawat Lion Air pada setiap pagi Isnin selepas meluangkan masa bersama keluarga pada hujung minggu.
Sony turut berasa amat sedih kerana enam rakannya yang menaiki pesawat Lion Air JT-610 semuanya terkorban.
"Kali pertama saya dengar, saya menangis.
”Saya tahu kawan saya berada dalam penerbangan itu,” kata Sony kepada pemberita.
Kesemua 189 penumpang terkorban dalam nahas penerbangan pesawat Boeing 737 Lion Air, JT610 yang terhempas di utara laut Karawang, Jawa Barat.
BACA: Pesawat Lion Air terhempas: 189 penumpang dipercayai terkorban
Pesawat itu meninggalkan lapangan terbang di Jakarta itu jam 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara jam 6.33 pagi.
#Boeing #Indonesia #Jakarta #JT610 #Kementerian Kewangan #Lion Air #penerbangan #pesawat #Sony Setiawan