awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas pesawat di Muan: Pemangku Presiden Korea Selatan umum tempoh berkabung

Bernama
Bernama
29/12/2024
21:15 MYT
Nahas pesawat di Muan: Pemangku Presiden Korea Selatan umum tempoh berkabung
Choi Sang-mok mengisytiharkan tempoh berkabung nasional selama tujuh hari, bermula pada Ahad dan akan berakhir pada tengah malam Sabtu. - Foto fail/REUTERS
SEOUL: Pemangku Presiden Korea Selatan Choi Sang-mok pada Ahad mengumumkan tempoh berkabung di seluruh negara berikutan nahas pesawat yang meragut sekurang-kurangnya 177 nyawa, dengan dua orang masih hilang, menurut pejabatnya.
Agensi Berita Yonhap melaporkan bahawa pengumuman itu dibuat semasa mesyuarat tergempar yang diadakan beberapa jam selepas pesawat penumpang yang membawa 181 individu terhempas dan meletup di sebuah lapangan terbang di Muan, daerah di barat daya Korea Selatan. Dua kru terselamat dalam kejadian itu.
"Kami mengucapkan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi yang tidak dijangka ini," kata Choi.
Beliau mengisytiharkan tempoh berkabung nasional selama tujuh hari, bermula pada Ahad dan akan berakhir pada tengah malam Sabtu.
Choi juga telah menetapkan Muan sebagai zon bencana khas, menjadikannya layak untuk menerima sokongan kerajaan.
"Kami akan menyediakan semua bantuan yang diperlukan untuk usaha pemulihan, sokongan untuk keluarga yang berduka dan rawatan perubatan bagi yang cedera," katanya.
Pemangku Presiden itu seterusnya mengarahkan agensi berkaitan untuk menggerakkan semua sumber yang ada, termasuk peralatan, kakitangan dan infrastruktur.
Choi yang juga Timbalan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Ekonomi dan menteri kewangan mengambil alih peranan kepimpinan sementara pada Jumaat berikutan penggantungan tugas Pemangku Presidena Han Duck-soo oleh Parlimen.
Han telah didakwa tidak sampai dua minggu selepas beliau mengambil alih jawatan Presiden Yoon Suk Yeol pada 14 Disember, yang didakwa kerana salah mengendalikan undang-undang tentera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jeju Air
#nahas pesawat
#choi sang mok
#tempoh berkabung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan