awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Pesawat Lion Air: Juruterbang beri indikasi pulang ke pangkalan sebelum hilang dari radar?

Astro Awani
Astro Awani
29/10/2018
04:27 MYT
Nahas Pesawat Lion Air: Juruterbang beri indikasi pulang ke pangkalan sebelum hilang dari radar?
Pesawat Lion Air JT 610 itu meninggalkan lapangan terbang di Jakarta itu jam 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara jam 6.33 pagi. - Sumber foto Kompas TV
Sebelum pesawat Lion Air JT-610 terhempas ke dalam laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pada pagi Isnin, juruterbang pesawat dilaporkan memberi indikasi untuk pulang ke pangkalan.
Menurut Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dari Kementerian Pengangkutan Indonesia, Sindu Rahayu seperti yang dipetik menerusi laporan Kompas TV, juruterbang pesawat JT-610 memberi indikasi untuk kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sebelum ia dipercayai hilang dari radar.
Pesawat Lion Air JT 610 itu meninggalkan lapangan terbang di Jakarta itu jam 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara jam 6.33 pagi.
Ia dijadualkan tiba di Pangkalpinang pada jam 7.20 pagi (waktu Indonesia).
"Pesawat itu disahkan telah terhempas," jurucakap SAR Indonesia, Yusuf Latif, dipetik sebagai berkata oleh portal berita Reuters.
Pesawat itu dipercayai terhempas di utara laut Karawang, Jawa Barat.
BACA: Pesawat Lion Air terhempas: 178 penumpang dewasa, seorang kanak-kanak, dua bayi
Setakat ini, dipercayai seramai 178 orang dewasa, seorang kanak-kanak, dua bayi, dua juruterbang dan enam kru penerbangan.
Namun, senarai penumpang penerbangan masih belum dikeluarkan oleh pihak berkuasa di Indonesia.
Topic Berkaitan
#Basarnas
#Indonesia
#jawa barat
#JT-610
#Pesawat Lion Air
#Sindu Rahayu
#terhempas
#Yusuf Latif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan