HATI isteri mana yang tidak meronta-ronta apabila mengetahui suaminya terlibat dalam kejadian nahas.
Itulah realiti yang perlu dihadapi oleh Dewi Manik apabila suaminya, Rudi Lumbantoruan adalah salah seorang penumpang pesawat Lion Air JT-610 yang terhempas ke dalam laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pada pagi Isnin.
Perasaan itu lebih memilukan buat Dewi apabila pasangan ini baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 pada 28 Oktober lepas.
Dewi akui, sebelum mendapat kesahihan daripada pihak berkuasa, dia sudah dapat merasakan perkara buruk berlaku sejurus selepas berita itu tersebar.
LAPOR LANGSUNG: Nahas pesawat Lion Air
BACA: Nahas Lion Air JT610: Kebanyakan mangsa tersangkut pada kerusi pesawat
BACA: Nahas Lion Air JT610: Jokowi arah siasat punca kejadian
Memetik laporan portal Kompas.com, dia yang kali terakhir berjumpa dengan suaminya pada Ahad terus meratapi tragedi yang menyebabkan nyawa suaminya itu mungkin terkorban.
Ternyata, bukan hanya si isteri meratapi pemergian Rudi. Malah ahli keluarga dan keluarga mertua tidak dapat menahan sebak saat menerima berita memilukan itu.
Bagi ibu bapa mertua Rudi, Ramlan Manik dan Tiala Boru, mereka berharap tragedi yang berlaku ini adalah mukjizat dari Tuhan.
“Rudi sempat memberikan hadiah buat adik iparnya yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Dia juga ada berkata, ‘ini hadiah untuk kamu, mana tahu abang tidak dapat datang pada majlis kamu’.
“Kami percaya, tragedi yang berlaku ini pasti ada hikmah dari Allah SWT, semoga Rudi selamat,” kata Ramlan seperti yang dilapor Kompas.com.
Pada Selasa, sebanyak 24 beg berisi jenazah penumpang pesawat Lion Air JT 610 telah dibawa keluar dari lokasi kejadian.
Kesemua mangsa daripada pesawat yang terhempas di perairan Tanjung Karawang itu dihantar ke Hospital Polis Republik Indonesia di Tanjung Priok.
Menurut Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), pihaknya percaya kebanyakan mangsa tidak timbul kerana terikat pada kerusi pesawat.
Nursyazwani Saiful Sham
Tue Oct 30 2018

Keadaan memilukan apabila keluarga meratapi pemergian Rudi, salah seorang penumpang pesawat Lion Air JT-610 yang terhempas ke dalam laut. Foto: Kompas.com
![AWANI Sarawak [28/01/2021] - Dua kes dilaporkan | 171 kes positif | Ops Catut 8.0 AWANI Sarawak [28/01/2021] - Dua kes dilaporkan | 171 kes positif | Ops Catut 8.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887571/2324679021611834246802_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [28/01/2021] - Dua kes dilaporkan | 171 kes positif | Ops Catut 8.0
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Syaff Shukri membawakan tumpuan berikut: Fokus #AWANISarawak malam ini: - Penduduk Long Jeeh risau belum disaring. - Satu kematian, kes ositif COVID-19 hari ini tiga angka. - Lima kelengkapan elektronik dipantau KPDNHEP Sarawak. #HapusCOVID19 #NormaBaharu Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com

Penduduk Long Jeeh, Ulu Baram rayu saringan COVID-19 dilakukan segera
Penduduk di Rumah Panjang Long Jeeh, Ulu Baram di sini merayu saringan COVID-19 dilakukan dengan segera di kawasan kampung mereka.

Saringan COVID-19 | Pasukan kesihatan diterbangkan esok ke Long Jeeh
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Datuk Lee Kim Shin memberitahu, lima pasukan kesihatan akan diterbangkan ke Long Jeeh, esok. Mereka terdiri daripada masing-masing dua doktor dan pemeriksa kesihatan serta seorang jururawat. Mereka dijadual berlepas pada pukul 8.30 pagi menaiki helikopter milik syarikat Hornbill Skyways dan Layang-Layang Aerospace.

Saringan COVID-19 | Lakukan segera saringan di Long Jeeh
Lebih 100 penduduk di 48 pintu Rumah Panjang Long Jeeh di Ulu Baram Miri, kini berdepan sekatan pergerakan. Ia susulan terdapat dua penduduk yang dikesan positif COVID-19 dari kampung itu. Dengan jarak kira-kira 300 kilometer selain tempoh perjalanan 10 jam menggunakan laluan darat sudah pasti keadaan ini merisaukan penduduk. Ia ditambah saringan COVID-19 juga belum dilakukan di kawasan kampung mereka.

COVID-19 | Status RWMF 2021 belum diputuskan
Status Festival Muzik Hutan Hujan (RWMF) 2021 masih belum diketahui. Kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan sama ada ia akan berlangsung atau sebaliknya bergantung kepada situasi COVID-19.

Thaipusam | Guna pakai teknologi untuk meriahkan sambutan
Norma baharu tidak melunturkan semangat penganut Hindu di negara ini untuk menyambut perayaan Thaipusam. Di Pulau Pinang, penganut Hindu memaksimakan teknologi demi memastikan segala kekangan norma baharu tidak menghalang mereka daripada menyambut hari istimewa ini.

COVID-19 | Jangan hukum 'frontliners' dengan stigma
Jangan hukum petugas barisan hadapan. Itu tegas Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad ketika mengulas mengenai tindakan sesetengah pemilik kedai yang melarang kakitangan kem tahanan Taiping daripada memasuki premis mereka.

PKP 2.0 | Masa operasi beberapa perniagaan dilanjutkan 10 malam
Kerajaan hari ini bersetuju untuk melanjutkan masa operasi bagi beberapa lagi sektor perniagaan sehingga 10 malam. Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hariannya, petang tadi.

Pilihan raya | PRU15 sebelum 1 Ogos atau selepas 60 harinya?
Pilihan raya umum tidak mustahil diadakan sebelum 1 Ogos, demikian kata Annuar Musa.

COVID-19 | 4,094 kes baharu, 10 kematian
Malaysia merekodkan 4,094 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara kini sebanyak 198,208 kes.

Nahas Pesawat Lion Air: Tragedi ada hikmah dari Allah SWT.. - keluarga
Hati isteri mana yang tidak meronta-ronta apabila mengetahui suaminya terlibat dalam kejadian nahas.