awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas pesawat: Rusia hantar pasukan kecemasan ke Mesir

Agensi
Agensi
01/11/2015
02:22 MYT
Nahas pesawat: Rusia hantar pasukan kecemasan ke Mesir
Di St. Petersburg, ahli keluarga mangsa sudah berada di lapangan terbang Pulkovo. - AFP PHOTO / OLGA MALTSEVA
Pihak berkuasa Rusia sudah menghantar pasukan kecemasan ke Mesir bagi menyiasat nahas pesawat Airbus Rusia, Kogalymavia 9268 (KGL-9268) yang mengorbankan 224 orang, APTN melaporkan.
Timbalan Menteri Situasi Kecemasan Rusia, Vladimir Stepanov memberitahu pegawai dan wartawan di Moscow bahawa sebuah pesawat lain akan tiba bagi membawa pulang mayat mangsa.
Sebahagian besar mangsa adalah warganegara Rusia.
Pesawat itu terhempas di kawasan pergunungan terpencil Mesir di Semenanjung Sinai, 23 minit selepas berlepas dari sebuah pusat peranginan terkenal di Laut Merah.
Punca nahas masih belum diketahui, tetapi pada masa yang sama dua syarikat penerbangan utama Eropah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan penerbangan di atas kawasan itu atas sebab-sebab keselamatan.
Sementara itu, di Saint Petersburg, ahli keluarga mangsa sudah pun berada di lapangan terbang Pulkovo.
Wakil Pusat Krisis Kementerian Situasi Kecemasan,Sergei Vorontsov berkata, semua jenis bantuan telah diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Topic Berkaitan
#kairo
#Nahas
#nile tv
#pesaat
#Rusia Rosaviatsiya
#sharif ismail
#Sinai
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan