DUNIA
Nahas pesawat Sulawesi: Pasukan SAR jumpa mayat kedua di lereng bukit
Mangsa kedua yang dikenal pasti sebagai seorang wanita ditemui pada kira-kira 500 meter dari puncak bukit. - Gambar/ AP
JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia pada Isnin menemukan satu lagi mayat dipercayai mangsa pesawat malang ATR 42-500 milik Indonesia Air Transport (IAT) yang mengalami nahas di Sulawesi Selatan.
Ringkasan AI
Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Mohammad Syafii berkata mangsa kedua yang dikenal pasti sebagai seorang wanita ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada kira-kira 2 petang waktu tempatan, lapor Agensi Berita ANTARA.
Beliau berkata mangsa ditemukan di lereng Bukit Bulusaraung pada anggaran kedalaman 500 meter dari puncaknya, dan usaha membawa keluar mayat sedang dijalankan.
"Identiti sebenar mangsa akan disahkan kemudian oleh pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI)," katanya.
Pada Ahad, mayat mangsa pertama ditemukan di dasar gaung sedalam kira-kira 200 meter di bukit yang sama, selepas misi SAR memasuki hari kedua berikutan kehilangan pesawat dengan pendaftaran PK-THT itu.
Pesawat yang membawa tujuh kru dan tiga penumpang itu dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara kira-kira tengah hari Sabtu di Daerah Maros semasa dalam penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar.
Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Perikanan Indonesia pada Sabtu mengesahkan pesawat yang hilang itu merupakan pesawat peronda miliknya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pesawat malang ATR 42-500 milik Indonesia Air Transport (IAT) mengalami nahas di Sulawesi Selatan; satu lagi mayat mangsa ditemui di lereng Bukit Bulusaraung.
- Mangsa kedua yang dikenal pasti sebagai seorang wanita ditemui pada kira-kira 500 meter dari puncak bukit, dan proses pengesanan identiti akan dilakukan oleh pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI).
- Mayat mangsa pertama ditemui di dasar gaung kira-kira 200 meter di bukit yang sama; pesawat yang hilang, membawa tujuh kru dan tiga penumpang, dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara ketika dalam penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar.