Nahas Sriwijaya: Pencarian kotak hitam pesawat SJ182 diteruskan hari ini

Astro Awani
Januari 11, 2021 00:37 MYT
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari ketiga akan memfokuskan kepada pencarian kotak hitam pesawat malang itu. -Gambar fail
JAKARTA: Pencarian bangkai pesawat Sriwijaya Air SJ182 yang terhempas pada Sabtu diteruskan hari ini.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari ketiga akan memfokuskan kepada pencarian kotak hitam pesawat malang itu, lapor SuaraKalbar.id.
Isyarat daripada kotak hitam Sriwijaya Air SJ182 dikesan semalam sekitar lokasi dipercayai di mana pesawat itu terhempas.
Pencarian malam tadi bagaimanapun terpaksa ditangguh susulan keadaan terlalu gelap yang menyukarkan usaha pencarian.
Pasukan SAR dilapor akan menggunakan kaedah pencarian serupa, namun lebih terarah ke pesisir mengikut arus laut.
#Sriwijaya Air #SJ182 #pesawat terhempas #SAR #operasi mencari dan menyelamat #hari ketiga #tangguh kerana keadaan gelap