Nahas tren laju Sepanyol: Kerosakan penyambung rel 'fishplate' dipercayai punca

Penyiasat mengenal pasti kehausan ketara pada komponen sambungan rel 'fishplate' yang mewujudkan jurang halus antara bahagian rel. -Gambar fail/Reuters
CORDOBA: Siasatan awal terhadap nahas dua tren berkelajuan tinggi di selatan Sepanyol kini terarah kepada kerosakan pada sambungan rel atau fishplate, yang dipercayai menjadi punca utama tragedi yang meragut sekurang‑kurangnya 40 nyawa berhampiran Adamuz pada Ahad.
Ringkasan AI
- Siasatan awal tragedi nahas dua tren berkelajuan tinggi di selatan Sepanyol menunjukkan kerosakan pada sambungan rel atau fishplate sebagai punca utama yang meragut sekurang-kurangnya 40 nyawa berhampiran Adamuz.
- Kerosakan pada fishplate dipercayai telah berlaku lama dan semakin melebar akibat tren laju melalui kawasan tersebut setiap hari, menyebabkan jurang halus pada sambungan rel.
- Walaupun tren Iryo yang terlibat berusia kurang empat tahun dan lulus pemeriksaan keselamatan, kegagalan sistem keselamatan automatik dan kerosakan fishplate menjadi fokus utama siasatan.
Jurang berkenaan dipercayai menyebabkan gerabak kelapan tren Iryo dari Málaga ke Madrid tergelincir sebelum menarik dua gerabak lain ke landasan bertentangan.
Pada masa sama, sebuah tren Renfe dari Madrid ke Huelva sedang bergerak dari arah depan, menghasilkan perlanggaran kuat yang mencampakkan gerabak hadapan Renfe ke bawah tebing setinggi beberapa meter.
Menurut sumber yang dipetik Reuters, kerosakan pada fishplate kini menjadi petunjuk terpenting siasatan.
Teknik forensik landasan sedang digunakan bagi menentukan sama ada kerosakan berlaku sebelum atau selepas nahas, namun indikasi awal menunjukkan jurang itu wujud lebih awal.
Presiden Renfe, Álvaro Fernández Heredia, menegaskan bahawa kesilapan manusia dan lebihan kelajuan hampir diketepikan kerana kedua‑dua tren bergerak di bawah had 250 km/j.
Sistem keselamatan automatik gagal diaktifkan kerana hanya terdapat kira‑kira 20 saat di antara gelinciran dan pelanggaran.
Ironinya, jajaran rel tersebut baharu dinaik taraf pada Mei melalui projek bernilai lebih €700 juta.
Namun, penemuan teknikal menunjukkan kerosakan fishplate itu telah lama berada pada struktur yang dinaik taraf.
Tren Iryo yang terlibat pula berusia kurang empat tahun dan lulus pemeriksaan keselamatan pada 15 Januari.
Menteri Pengangkutan Sepanyol, Óscar Puente, menyifatkan insiden itu sebagai “amat ganjil” dan memberi jaminan bahawa laporan penuh Suruhanjaya Siasatan Kemalangan Rel (CIAF) akan didedahkan kepada umum sebaik siasatan selesai.
Operasi mencari dan menyelamat diteruskan sehingga Isnin dengan penggunaan jentera berat bagi mengalihkan gerabak yang remuk.
Beberapa mayat masih terperangkap, sementara pusat bantuan dan pensampelan DNA dibuka di Córdoba, Málaga dan Madrid bagi pengecaman mangsa.
Nahas ini merupakan tragedi rel paling buruk di Sepanyol sejak 2013 dan pertama melibatkan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi negara itu sejak ia mula beroperasi pada 1992.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah punca utama tragedi nahas dua tren berkelajuan tinggi di selatan Sepanyol? A: Siasatan awal menunjukkan kerosakan pada sambungan rel atau fishplate sebagai punca utama yang meragut sekurang-kurangnya 40 nyawa berhampiran Adamuz.
- Q: Mengapakah kerosakan pada fishplate dipercayai menjadi faktor utama tragedi tersebut? A: Kerosakan pada fishplate dipercayai telah berlaku lama dan semakin melebar akibat tren laju melalui kawasan tersebut setiap hari, menyebabkan jurang halus pada sambungan rel.
- Q: Bagaimanakah tren Iryo yang terlibat dalam nahas itu berkait rapat dengan kegagalan sistem keselamatan automatik? A: Walaupun tren Iryo tersebut berusia kurang empat tahun dan lulus pemeriksaan keselamatan, kegagalan sistem keselamatan automatik dan kerosakan fishplate menjadi fokus utama siasatan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

